Wednesday, 29 May 2019

Penang Part II



Assalamualaikum...

Hi readers, okay aku sambung story pasal berjalan ke Penang part II.
keesokkan hari nya kami keluar lewat sikit, just makan breakfast dalam bilik je, then kami cari pasamboqqq, hat ni aku tak teringin pun sebab sejujurnya aku bukanlah seorang food lover lagi2 makanan ala ala mamak ni.
So kami cari pasemboq kat Padang Kota, ni suggestion dari member husband aku, so gigih la kami pegi mencarinya...

gambar sendiri kat dalam phone lama aku dan malangnya phone tu dah tak boleh buka, hanya beberapa gambar je dapat diselamatkan πŸ˜“

Lepas makan pasemboq kami pergi jalan kat town, kali ni kami parking kat area yang dekat dengan masjid town, aku tak ingat masjid apa namanya tapi yang aku ingat masjid ni dekat dengan kawasan fruitmade ice cream, korang mesti familiar kan dengan nama ni ! Viral kot !!
Tapi time hari yang aku datang ni takde dragon fruit yang ada hanyalah buah tembikai merah. disebabkan hanya buah tembikai sahaja, aku pun takde la beli. 
Aku just beli air bland dengan ais krim biasa tembikai+laici
Sedap jugak laa πŸ˜™

Lepas makan asi krim ni, aku terperasan pulak ice ball ! dekat je dengan stall fruitmade. So aku pun ajak en suami cuba ice ball aka ais kepal.

serius besar ais kepal ni, puas la makan untuk dua orang, kalau sorang tak dan habis dah cayaqq πŸ˜†
cc : google photo

Dah puas makan ais kepal, kami menuju ke muzium terbalik. Muzium lain tak masuk pun sebab agak pricey lagipun kami datang sini bukan semata nak masuk muzium-muzium tu, berjalan sekitar town ni pun bagi aku dah memadai.


Muzium terbalik


power kan! 😎


menyempat je aku curi-curi ambik gambarπŸ˜†

Settel je masuk muzium terbalik ni, aku ajak husband cari rumah arwah Tan Sri P Ramlee, jenuh jugaklah pusing cari rumah dia, rupanya senang je location nya cuma kami yang tak perasan dan malangnya gambar kami kat rumah ni pun ada kat dalam phone lama aku, i is sad 😭😭
Bagi aku best jugak la tour dalam rumah ni, ada few info yang kita boleh tahu. Agak menarik jugak la... So bagi aku, kalau korang dah berjalan ke sini tu apa salahnya melawat sekejap rumah ni, paling tidak sedikit ilmu korang boleh dapat dalam rumah ni 😊😊 


Comel jugaklah rumahnya. Dapat jugak tour dalam rumah tu, setiap ruang kita dibenarkan masuk.

Dah puas berjalan sini, petang tu kami pergi ke pantai. Takde buat apa sangat pun saja tengok view.
Then balik hotel, lepas tu malam tu kami keluar pergi makan McD kat Batu Feringgi then jalan-jalan cuci mata kat night market.

4 hari 3 malam kami menginap di sini, ouhh yaa..aku tido kat hotel area Tanjung Bungah, kawan aku yang suggestkan kat sini sebab dia kata ada bathtab πŸ˜† tu je sebab yang kukuh kenapa aku pilih hotel tu jugak.
Aku book menggunakan Agoda di Leisure Cova & Apartments, Tanjung Bungah. Not bad la hotel nya, selesa, bersih dan facilities pun sangat tip top πŸ‘πŸ‘πŸ‘
Meh, aku share sikit gambar-gambar kawasan hotel, ni aku ambik dari google bukan gambar sendiri pun πŸ˜…

Ni la rupa hotelnya dari luar, parking tak banyak sangat tu yang tak best. Kalau dah balik lewat malam tu terpaksa la park kawasan luar hotel, tapi dekat dengan kawasan perumah so okay la kot dari segi keselamatannya. 


Lobby hotel, cantik kan πŸ˜™


ni contoh bilik yang kami book, sejibik macam ni !

tadaaa...tapi jangan tertipu ye, aku masuk toilet takde pun bunga bunga tuu, kosong jee πŸ˜•
mungkin kalau VVIP ada la kot, kot !

Ada swimming pool jugak 😎 Last day sempat jugak la kami berendam sebelum check out.

Okay, tu saja yang aku nak share sepanjang aku berjalan ke Penang ni, bagi aku untuk food lover mungkin seronok jalan ke sini tapi untuk aku yang kaki berjalan ni bagi aku biasa je laa, best lagi Melaka kot !
Makanan kat sana pun aku tak suka sangat, ye la sana kan more kepada masakan mamak, memang tak kena sangat pun dengan tekak aku. tapi ramai je kata diaorg suka berjalan Penang cuma untuk aku cukup la kot sekali berjalan ke sini..hahahaha !
Kami checkout hari Khamis then en suami kata dia teringin nak pegi Cameron tapi sebelum tu dia nak pegi Kelly's Castle sebab dia tak pernah lagi berjalan ke sana, aku pun pernah sekali je ke sana.
Nanti aku sambung cerita kt sana pulak...hehehe


xoxo,
ainaeclipse.

❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

0 comments:

Post a Comment