Hi korang...okay kali ni sambung cerita untuk percutian aku selepas ke Penang tu. Kami drive sampai ke Kelly's Castle dan round dalam tu dalam 30-1 jam sahaja. Setiap sudut suami aku masuk dalam castle tu, yela excited kan orang first time sampai sini. Macam aku first time sampai sini pun kemain pusing dalam ni, setiap bilik dan ruang tu aku nak masuk.
Banyak gambar kami ambik kat sini tapi semua tu guna phone husband dan macam yang aku bagitahu sebelum ni la phone aku tidak dapat diselamatkan, nasib baiklah ambik gambar guna phone dia kalau tak, memang takde kenangan la kami bercuti ni π
![]() |
| Muka mesti la kena excited sebab dapat berjalan ke sini lagi π |
![]() |
| Paling suka ambik gambar kat rooftop castle, view dia cantik walaupun hanya nampak pokok sawit je π |
![]() |
| Time ni paksa husband ambik gambar kt tepi rooftop, dia punya takut tak boleh bawak bincang ππ muka je senyum, dalam hati tuuuu ketaqqπ |
Ni saja gambar yang aku dapat upload kat Kelly's Castle, ni pun gambar dari instagram π
Okay, dah puas berjalan kat sini kami bergerak menuju ke Cameron Highland. Kami ikut Simpang Pulai sebab dah dekat dari sini kan lagipun aku lagi prefer naik dari Simpang Pulai dari Tapah, Tapah tu jalan dia teruk sangat dan memabukkan π
Alhamdulillah...sampai sana jalan tak sesak ye la kan hari Khamis siapa je nak datang hari biasaπ
Kami terus check in hotel, hotel biasa jee dan ni hotel yang agak teruk jugak la aku pernah check in, taknak dah masuk hotel ni !!!π
![]() |
| Kavy Hotel ! Jangan tertipu dengan rupa luarannye π Hotel ni dekat Brincang dan dekat dengan Pasar pagi Ahad. |
Nasib baiklah tido sini semalam jee, kami pun kira okayy laa dan terpaksa okay punn π
Tapi pegi hari biasa memang bosan time malam, memang tak hidup, nak cari makan pun susah. Cari punya cari jumpa la jugak kedai tomyam, sedap jugak masakan dia. Habis makan kami terus balik hotel dan tido. Keesokkan hari nya kami singgah Kea Farm sebab sini je tempat yang boleh kami beli macam2 untuk buah tangan.
Best jugak shopping sini, banyak pilihan dan ni first time aku shopping sini selama ni aku shopping dekat pasar malam Brincang ataupun pasar pagi Ahad.
![]() |
| Kea Farm ni tepi jalan jee..patut la selama ni aku tak perasan, ingat kedai tepi jalan je rupanya pasar dia luas ke dalam. |
![]() |
| lai..lai..lai...manyak pilihan maaa |
| Ubi kukus ! ni sememangnya favourite π |
Ada jugak beli strawberry, kacang, sayur tapi kali ni aku tak beli bunga ROSE sebab cash tak cukup ππ Aku harap lepas ni kalau aku naik dah boleh bayar melalui debit card π
![]() |
| πππ |
![]() |
| ni Kea Garden |
![]() |
| ni pun sempat beli, SEDAP tapii ni bukan tangan aku ye, ni source dari google aku just pinjam je gambar ni π |
Habis shopping kat Kea Farm kami berjalan pula ke Ladang Teh Boh alaa tempat shooting cerita Ombak Rindu tuuuu π
Tapi yang sadisnya kami tak sempat nak merasa makan di sana disebabkan tak jumpa ATM, dan kebetulan ATM sana problem ππ
Kami beli teh uncang je...HAHAHAHA
Sempat la jugak snap gambar kat sana, gambar adalah satu kemestian !!
![]() |
![]() |
| ππ |
Okay ni saja cerita percutian aku, percutian biasa-biasa jeee tapi seronokk sebab husband ku sudi bawak berjalan-jalan, layan kerenah bini dia yang sememang nya banyak kerenah ni :3
Anyonggg....
xoxo,
ainaeclipse.











0 comments:
Post a Comment