Assalamualaikum !
Hai korang, kali ni aina nak share satu resepi yang sangat senang untuk korang buat dan yang pasti budak-budak sangat menyukai nya πππ Tak percaya??? Haaa..cuba dulu buat lepas tu bagi anak-anak atau adik-adik korang makan, confirm tak cukup sebalang !
Aina tahu bersepah dah resepi ni kat google tapi tu versi orang lain buat, yang ni versi air tangan aina sendiri π hopefully dapat membantu korang π Choco Rice !
Selalu kita makan choco rice dalam jar kan, kali ni aina buat tanpa menggunakan jar tapi konsep nya sama sahaja cuma bezanya adalah bekas.
First sekali korang perlu ada bahan-bahan seperti :
- Milk Chocolate - 200 gram
- Dark Chocolate - 150 gram
- Coco butter/butter/majerin - satu sudu
- Buble rice ( tak kisah pun color coklat or putih, dua-dua boleh gunaπ) - 200 gram
Bahan pun telah disediakan, kemudian korang goreng bubble rice tu tanpa menggunakan minyak, macam salai laa....tujuan nya untuk menjadikan bubble tu lebih crunchy gituuu ! Tak perlu salai lama sangat dalam 5-10 minit sahaja.
Aina just guna kuali je untuk salai buble rice ni |
Kemudian, cairkan coklat milk dan dark menggunakan kaedah "double boil". Kenapa perlu ada dark chocolate? Macam aina tak suka manis sangat, so aina akan campur dark sikit untuk kurangkan manis coklat milk tu. Kalau korang suka manis, tak perlu dark chocolate pun, just guna milk jeee
cairkan coklat. Masukkan sekali semua coklat tu dan coco butter. |
Coklat pun dah cair, lepas tu bagi coklat tu sejuk sikit then baru masukkan buuble rice yang telah digoreng tadi.
gaul sehingga rata coklatnya. Nampak menyelerakan bukan π |
Selepas itu, korang dan boleh acukan di dalam loyang dan siap ! π
Macam aina, aina just letak je kt atas loyang tu, kalau korang nak nampak lebih cantik dan kemas korang boleh guna paper cup macam gambar bawah ni...
haaa...yang ni siap letak manik color2, so ikut kreativiti korang untuk present dengan cara yang lebih menarik dan nampak menyelerakan π |
Senang je kan ! Senang giler, so yang ni korang boleh la buat kudapan untuk anak-anak korang takyah la nak beli keropok jee, sesekali tukar sikit selera anak tu ππ
close up sikittt ππ |
Kalau korang nak lagi sedap, campur sikit dengan kacang badam, jangan lupa kacang badam tu pun kena salai jugak, lepas tu gaul je sekali dengan bubble rice tu nanti korang adjust sikit sukatan. Seimbangkan rasa manis, jangan terlebih manis pulak tak pasai kena kencing manis π
Aina memang buat ada rasa kelat-kelat sikit supaya tak muak sangat kalau manis terlebih lagipun bak kata orang "kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman"ππ
Selamat mencuba !! π
0 comments:
Post a Comment