Korang mesti ada kenalan yang dahulunya langsing tapi badan semakin naik bagaikan dipam-pam, selepas mendirikan rumahtangga kan???
Selalunya kalau kita tanya, mesti jawapan mereka "biasalah.....bahagiaaa."
Berikut antara 5 punca berat badan betambah selepas berkahwin :
- Tak perlu lagi mencari jodoh
Biasanya pasangan yang sudah bertemu jodoh a.k.a soulmate ni dah merasakan tak perlu lagi "melawa" untuk menarik perhatian pasangan. Lagipun dah boleh guna alasan "terimalah pasangan seadanya". Tak gitu???
2. Tabiat pemakanan
Kajian mendapati makan sambil ditemani orang lain boleh menyebabkan seseorang itu makan dengan lebih banyak daripada biasa. Nak-nak pulak dapat pasangan yang pandai memasak, request je nak makan apa, tinggg...terus siap !
3. Banyak menonton TV
Kebanyakkan pasangan yang dah berkahwin ni banyak menghabiskan masa dengan menonton TV mahupun movie kegemaran masing-masing sambil ditemani pelbagai jenis snek untuk mengunyah, mana tak gemuk !
4. Tabiat tidur
Bila sudah berkahwin ni akan berkongsi katil yang sama dan kadangkala menyebabkan tabiat tidur seseorang itu boleh terganggu dan tidak dapat tidur yang secukupnya. Tidur tidak cukup juga boleh menyebabkan berat badan naik tau !
5. Turun berat hanya untuk majlis perkahwinan sahaja
Biasanya yang ini terjadi pada kaum hawa kan?!
Habis je majlis perkahwinan, dah bergaya dengan cantik bersama busana dan makeup yang diinginkan, terus hanyut diet yang selama ini diamalkan.
Makanya, tidak salah naik berat badan tapi berpadapada lah jangan sampai dapat penyakit baru nak menyesal. Bak kata pepatah melayu "dah terhantuk baru nak tergadah".
Jangan lupa amalkan pemakanan yang sihat, diet yang seimbang dan paling penting senaman 2-3 kali seminggu barulah sihat bersama dan hidup lama till jannah, gituuu !😂
sumber : Rai Illani
xoxo,
ainaeclipse
0 comments:
Post a Comment