Hi korang !
Pernah dengar kedai makanan "Chicken Rice Guys"???
Mungkin warga Shah Alam Seksyen 7 dah biasa dengar nama kedai ni dan of course students area sana pun tahu kan kedai apa ni.
Okay untuk yang belum pernah dengar lagi pasal kedai ni, kedai ni merupakan kedai nasi ayam !
Siap dah keluar TV lagi kedai ni, punyalah ramai yang memperkatakan mengenai kedai ni.
So, nak dijadikan cerita mak aku ajak la kami pergi makan tengahari kat sini hari Ahad lepas, mak aku siap surh google lagi kalau nak ke sini macam mana, kemainn tau mak aku sekarang ni, nasib tak reti guna smartphone kalau tak merata dah dia bawa kami ni pergi makan yang di dok sibuk tengok dalam TV tu π
Aku bukak je google, just taip "Chicken Rice Guys" then terus je keluar kedai ni dan aku pun waze sajalah nak menghala ke sini. Nak ke seksyen 7 tu aku tahu la tapi nak menghala ke kedai ni aku taktau area mana, rupanya kedai ni dekat je dengan Unisel, so korang dah dapat imagine kan kawasan mana ππ
ni la ghupee kedai tuuu, ala ala hipsturrr sikit, tapi memang penuh luar & dalam π |
Kteorang sampai jee, terkejut jugak la sebab dah penuh kedainya padahal time tu baru je dalam pukul 11 lebih, nasib baiklah ada meja kosong untuk kami bertiga ni. Kat sini korang tak payah tunggu pun diaorg ambik order or hantar menu, korang sampai je terus duduk dan tulis la sendiri menu apa yang korang nak makan, dah siap tulis tu bagi je kat waiter tu.
ni antara menu yang kami order :
dah nak habis wantan goreng ni aku baru teringat nak ambik gambar π mak dengan adik aku kata sedap, aku tak makan pun sebab memang tak minat π |
yang ni aku order, mee kari ! boleh laa, sedap jugak tapi next time mungkin order menu lain pulakπ |
So, based on apa yang kami order ni, mungkin hanya nasi ayam dia kot yang menjadi kegilaan orang, mostly yang datang sini aku tengok diaorg order nasi ayam. Ada sorang brother ni duduk belakang mak aku, aku terdengar la dia cakap dengan member2 dia "ni 5 kali suap, habis dah"ππ
tapi memang berselera la aku tengok diaorg makan dan diaorg hanya order nasi ayam sahaja, takde la yang makan makanan lain.
Kepada pengemar nasi ayam, korang patut cuba makan kat kedai ni, sebab masa aku datang ni makin lewat tengahari makin ramai pulak orang datangπ
Lain orang, lain seleranya kan ! π
Lokasi : 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi : Setiap hari. 8am-7pm
xoxo,
ainaeclipse
0 comments:
Post a Comment