Wednesday, 29 May 2019

Choco Rice in da house !!!

Assalamualaikum !

Hai korang, kali ni aina nak share satu resepi yang sangat senang untuk korang buat dan yang pasti budak-budak sangat menyukai nya 😁😁😁 Tak percaya??? Haaa..cuba dulu buat lepas tu bagi anak-anak atau adik-adik korang makan, confirm tak cukup sebalang !

Aina tahu bersepah dah resepi ni kat google tapi tu versi orang lain buat, yang ni versi air tangan aina sendiri πŸ™ˆ hopefully dapat membantu korang πŸ˜‰ Choco Rice !
Selalu kita makan choco rice dalam jar kan, kali ni aina buat tanpa menggunakan jar tapi konsep nya sama sahaja cuma bezanya adalah bekas.

First sekali korang perlu ada bahan-bahan seperti :

  1. Milk Chocolate - 200 gram
  2. Dark Chocolate - 150 gram
  3. Coco butter/butter/majerin - satu sudu
  4. Buble rice ( tak kisah pun color coklat or putih, dua-dua boleh gunaπŸ˜‰) - 200 gram
Bahan pun telah disediakan, kemudian korang goreng bubble rice tu tanpa menggunakan minyak, macam salai laa....tujuan nya untuk menjadikan bubble tu lebih crunchy gituuu ! Tak perlu salai lama sangat dalam 5-10 minit sahaja.

Aina just guna kuali je untuk salai buble rice ni


Kemudian, cairkan coklat milk dan dark menggunakan kaedah "double boil". Kenapa perlu ada dark chocolate? Macam aina tak suka manis sangat, so aina akan campur dark sikit untuk kurangkan manis coklat milk tu. Kalau korang suka manis, tak perlu dark chocolate pun, just guna milk jeee

cairkan coklat. Masukkan sekali semua coklat tu dan coco butter.

Coklat pun dah cair, lepas tu bagi coklat tu sejuk sikit then baru masukkan buuble rice yang telah digoreng tadi.
gaul sehingga rata coklatnya. Nampak menyelerakan bukan 😏

Selepas itu, korang dan boleh acukan di dalam loyang dan siap ! 😁
Macam aina, aina just letak je kt atas loyang tu, kalau korang nak nampak lebih cantik dan kemas korang boleh guna paper cup macam gambar bawah ni...

haaa...yang ni siap letak manik color2, so ikut kreativiti korang untuk present dengan cara yang lebih menarik dan nampak menyelerakan πŸ˜‹

Senang je kan ! Senang giler, so yang ni korang boleh la buat kudapan untuk anak-anak korang takyah la nak beli keropok jee, sesekali tukar sikit selera anak tu πŸ˜‰πŸ˜‰
Sonang jaaaa...
close up sikittt πŸ˜‹πŸ˜‹

Kalau korang nak lagi sedap, campur sikit dengan kacang badam, jangan lupa kacang badam tu pun kena salai jugak, lepas tu gaul je sekali dengan bubble rice tu nanti korang adjust sikit sukatan. Seimbangkan rasa manis, jangan terlebih manis pulak tak pasai kena kencing manis πŸ˜…

Aina memang buat ada rasa kelat-kelat sikit supaya tak muak sangat kalau manis terlebih lagipun bak kata orang "kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman"😁😁

Selamat mencuba !! πŸ˜‰








❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

This entry was posted in

Kelly's Castle & Cameron


Assalamualaikum...

Hi korang...okay kali ni sambung cerita untuk percutian aku selepas ke Penang tu. Kami drive sampai ke Kelly's Castle dan round dalam tu dalam 30-1 jam sahaja. Setiap sudut suami aku masuk dalam castle tu, yela excited kan orang first time sampai sini. Macam aku first time sampai sini pun kemain pusing dalam ni, setiap bilik dan ruang tu aku nak masuk.


Banyak gambar kami ambik kat sini tapi semua tu guna phone husband dan macam yang aku bagitahu sebelum ni la phone aku tidak dapat diselamatkan, nasib baiklah ambik gambar guna phone dia kalau tak, memang takde kenangan la kami bercuti ni πŸ˜‚

Muka mesti la kena excited sebab dapat berjalan ke sini lagi πŸ˜†

Paling suka ambik gambar kat rooftop castle, view dia cantik walaupun hanya nampak pokok sawit je πŸ˜…

Time ni paksa husband ambik gambar kt tepi rooftop, dia punya takut tak boleh bawak bincang πŸ˜†πŸ˜†
muka je senyum, dalam hati tuuuu ketaqq😝

Ni saja gambar yang aku dapat upload kat Kelly's Castle, ni pun gambar dari instagram πŸ˜…

Okay, dah puas berjalan kat sini kami bergerak menuju ke Cameron Highland. Kami ikut Simpang Pulai sebab dah dekat dari sini kan lagipun aku lagi prefer naik dari Simpang Pulai dari Tapah, Tapah tu jalan dia teruk sangat dan memabukkan πŸ˜–

Alhamdulillah...sampai sana jalan tak sesak ye la kan hari Khamis siapa je nak datang hari biasaπŸ’
Kami terus check in hotel, hotel biasa jee dan ni hotel yang agak teruk jugak la aku pernah check in, taknak dah masuk hotel ni !!!😠

Kavy Hotel !
Jangan tertipu dengan rupa luarannye πŸ˜’ Hotel ni dekat Brincang dan dekat dengan Pasar pagi Ahad.
Nasib baiklah tido sini semalam jee, kami pun kira okayy laa dan terpaksa okay punn πŸ˜‚
Tapi pegi hari biasa memang bosan time malam, memang tak hidup, nak cari makan pun susah. Cari punya cari jumpa la jugak kedai tomyam, sedap jugak masakan dia. Habis makan kami terus balik hotel dan tido. Keesokkan hari nya kami singgah Kea Farm sebab sini je tempat yang boleh kami beli macam2 untuk buah tangan.
Best jugak shopping sini, banyak pilihan dan ni first time aku shopping sini selama ni aku shopping dekat pasar malam Brincang ataupun pasar pagi Ahad.

Kea Farm ni tepi jalan jee..patut la selama ni aku tak perasan, ingat kedai tepi jalan je rupanya pasar dia luas ke dalam.

lai..lai..lai...manyak pilihan maaa
Tiap kali naik Cameron wajib untuk aku beli

Ubi kukus ! ni sememangnya favourite 😍
Ada jugak beli strawberry, kacang, sayur tapi kali ni aku tak beli bunga ROSE sebab cash tak cukup 😭😭 Aku harap lepas ni kalau aku naik dah boleh bayar melalui debit card πŸ˜†

😍😍😍
ni Kea Garden

ni pun sempat beli, SEDAP tapii ni bukan tangan aku ye, ni source dari google aku just pinjam je gambar ni πŸ˜…


Habis shopping kat Kea Farm kami berjalan pula ke Ladang Teh Boh alaa tempat shooting cerita Ombak Rindu tuuuu πŸ™ˆ
Tapi yang sadisnya kami tak sempat nak merasa makan di sana disebabkan tak jumpa ATM, dan kebetulan ATM sana problem 😭😭
Kami beli teh uncang je...HAHAHAHA
Sempat la jugak snap gambar kat sana, gambar adalah satu kemestian !!




πŸ™ˆπŸ™ˆ

Okay ni saja cerita percutian aku, percutian biasa-biasa jeee tapi seronokk sebab husband ku sudi bawak berjalan-jalan, layan kerenah bini dia yang sememang nya banyak kerenah ni :3
Anyonggg....


xoxo,
ainaeclipse.




❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

Penang Part II



Assalamualaikum...

Hi readers, okay aku sambung story pasal berjalan ke Penang part II.
keesokkan hari nya kami keluar lewat sikit, just makan breakfast dalam bilik je, then kami cari pasamboqqq, hat ni aku tak teringin pun sebab sejujurnya aku bukanlah seorang food lover lagi2 makanan ala ala mamak ni.
So kami cari pasemboq kat Padang Kota, ni suggestion dari member husband aku, so gigih la kami pegi mencarinya...

gambar sendiri kat dalam phone lama aku dan malangnya phone tu dah tak boleh buka, hanya beberapa gambar je dapat diselamatkan πŸ˜“

Lepas makan pasemboq kami pergi jalan kat town, kali ni kami parking kat area yang dekat dengan masjid town, aku tak ingat masjid apa namanya tapi yang aku ingat masjid ni dekat dengan kawasan fruitmade ice cream, korang mesti familiar kan dengan nama ni ! Viral kot !!
Tapi time hari yang aku datang ni takde dragon fruit yang ada hanyalah buah tembikai merah. disebabkan hanya buah tembikai sahaja, aku pun takde la beli. 
Aku just beli air bland dengan ais krim biasa tembikai+laici
Sedap jugak laa πŸ˜™

Lepas makan asi krim ni, aku terperasan pulak ice ball ! dekat je dengan stall fruitmade. So aku pun ajak en suami cuba ice ball aka ais kepal.

serius besar ais kepal ni, puas la makan untuk dua orang, kalau sorang tak dan habis dah cayaqq πŸ˜†
cc : google photo

Dah puas makan ais kepal, kami menuju ke muzium terbalik. Muzium lain tak masuk pun sebab agak pricey lagipun kami datang sini bukan semata nak masuk muzium-muzium tu, berjalan sekitar town ni pun bagi aku dah memadai.


Muzium terbalik


power kan! 😎


menyempat je aku curi-curi ambik gambarπŸ˜†

Settel je masuk muzium terbalik ni, aku ajak husband cari rumah arwah Tan Sri P Ramlee, jenuh jugaklah pusing cari rumah dia, rupanya senang je location nya cuma kami yang tak perasan dan malangnya gambar kami kat rumah ni pun ada kat dalam phone lama aku, i is sad 😭😭
Bagi aku best jugak la tour dalam rumah ni, ada few info yang kita boleh tahu. Agak menarik jugak la... So bagi aku, kalau korang dah berjalan ke sini tu apa salahnya melawat sekejap rumah ni, paling tidak sedikit ilmu korang boleh dapat dalam rumah ni 😊😊 


Comel jugaklah rumahnya. Dapat jugak tour dalam rumah tu, setiap ruang kita dibenarkan masuk.

Dah puas berjalan sini, petang tu kami pergi ke pantai. Takde buat apa sangat pun saja tengok view.
Then balik hotel, lepas tu malam tu kami keluar pergi makan McD kat Batu Feringgi then jalan-jalan cuci mata kat night market.

4 hari 3 malam kami menginap di sini, ouhh yaa..aku tido kat hotel area Tanjung Bungah, kawan aku yang suggestkan kat sini sebab dia kata ada bathtab πŸ˜† tu je sebab yang kukuh kenapa aku pilih hotel tu jugak.
Aku book menggunakan Agoda di Leisure Cova & Apartments, Tanjung Bungah. Not bad la hotel nya, selesa, bersih dan facilities pun sangat tip top πŸ‘πŸ‘πŸ‘
Meh, aku share sikit gambar-gambar kawasan hotel, ni aku ambik dari google bukan gambar sendiri pun πŸ˜…

Ni la rupa hotelnya dari luar, parking tak banyak sangat tu yang tak best. Kalau dah balik lewat malam tu terpaksa la park kawasan luar hotel, tapi dekat dengan kawasan perumah so okay la kot dari segi keselamatannya. 


Lobby hotel, cantik kan πŸ˜™


ni contoh bilik yang kami book, sejibik macam ni !

tadaaa...tapi jangan tertipu ye, aku masuk toilet takde pun bunga bunga tuu, kosong jee πŸ˜•
mungkin kalau VVIP ada la kot, kot !

Ada swimming pool jugak 😎 Last day sempat jugak la kami berendam sebelum check out.

Okay, tu saja yang aku nak share sepanjang aku berjalan ke Penang ni, bagi aku untuk food lover mungkin seronok jalan ke sini tapi untuk aku yang kaki berjalan ni bagi aku biasa je laa, best lagi Melaka kot !
Makanan kat sana pun aku tak suka sangat, ye la sana kan more kepada masakan mamak, memang tak kena sangat pun dengan tekak aku. tapi ramai je kata diaorg suka berjalan Penang cuma untuk aku cukup la kot sekali berjalan ke sini..hahahaha !
Kami checkout hari Khamis then en suami kata dia teringin nak pegi Cameron tapi sebelum tu dia nak pegi Kelly's Castle sebab dia tak pernah lagi berjalan ke sana, aku pun pernah sekali je ke sana.
Nanti aku sambung cerita kt sana pulak...hehehe


xoxo,
ainaeclipse.

❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

Friday, 24 May 2019

Penang Part I

Assalamualaikum readers!

Penang?
Ada apa kat Penang tu?
Best sangat ke?
Dan segala pertanyaan tu terjawab, alhamdulillah aku dapat berjalan ke sana bersama dengan husband. Konon nya honeymoon la tapi takde la honeymoon sangat lebih kepada berjalan je πŸ˜†
Aku ambik cuti 10 hari.
What 10 hari?? lamanya cuti, pergi Penang je pun! HAHAHA...
Well sebenarnya bukan la aku ambik 10hari pun, ni kan cuti tahun lepas yang sekali dengan public holiday, tu yang teranjak sampai 10hari. Bukan selalu boleh cuti lama macam tu dah alang-alang ada public holiday tu yang aku tapau πŸ˜†

Okay back to the topic, kami drive je ke sana takde pun plan nak naik flight sebab percutian kami ni bukanlah semata duduk kt Penang je. Dah sampai kat sana kononnya en suami ni nak la naik feri sekali kereta beratur panjang daa πŸ˜₯ Kami pun decide untuk patah balik dan lalu je jambatan. Nasib baik time tu tak jammed. Masuk je Penang kami terus check-in hotel untuk rehatkan badan. So, malam tu bermula la foodhunting. Aku nak beli burger tapiii yang menjualnya tu cina dan yang membelinya pun cina maka terbantutlah keinginan aku tu. Ni haa burger nya tuu...

Hillside Uncle's Burger
p/s : gambar ni aku dapat kat website penangfoodie.com since aku pun tak berani nak makan, so mampu tengok gambar je πŸ˜“




Keesokkan hari nya kami cari breakfast, yang ni pun aku dapat kat instagram Penangfoodie. 
kali ni makanan tradisional india dan first time kami makan dan sangat sedap !!!
banyak je yang jual ni tapi kami cari kat sini sebab one way nak ke town kalau dari hotel.


Swee Kong Apom Manis @ Pulau Tikus



Lepas tu kami pusing-pusing town, survey tempat untuk berjalan cuci mata tak banyak pun tempat yang kami pergi. Dah habis pusing kami cari makanan untuk lunch, yang ni pun dapat kat penangfoodie. Kami makan nasi ayam, macam biasa je kan bunyinya? tapi yang ni ada kelainan dia
Rosli nasi ayam, dekat lorong kulit, Penang.

nampak menyelerakan bukann...😏

Lepas makan nasi ayam, kami cari Hameed Mee Peta hat ni laki aku yang teringin. Tapi serius wei sedappp ! πŸ˜‹



Habis je makan, perut pun dah kenyang, kami terus balik hotel then malam baru keluar balik cari dinner, tapi ni pun aku tak ingat dinner apa πŸ˜†
Okaylah nanti aku sambung part II pulak, penat pulak dok menaip je ni kerja lain pun dok menanti aku ni haaa...


xoxo,
ainaeclipse.




❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

Monday, 20 May 2019

First Ramadhan bersama En Suami ❤

Assalamualaikum...


Hai korangg...

Alhamdulillah tahun ni aina berkesempatan berpuasa bersama dengan suami untuk yang pertama kalinya bergelar suami isteri. Hari pertama sahur je aku excited giler taktau nak describe perasaan tu macam mana dan of course la aku ambil cuti rehat, first ramadhan aku di rumah mak mertua. Sahur dan berbuka memang di rumah mertua, then malam lepas berbuka tu kami terus gerak balik Shah Alam sebab esoknya aku dah start kerja.
Alhamdulillah, impian aku tercapai untuk berbuka dan sahur bersama dengan suami memang ni keinginan aku sebelum kami bekahwin lagi, and yessss tahun ni tercapai 😁😁😁
.
Pada 18 Mei pula aina dan 3 orang kawan baik berjaya berbuka bersama dengan pasangan masing-masing, walaupun bukan berbuka kat tempat fancy fancy but it's okay for us laa janji dapat bersama.😁

tadaaaaa 😍
moga persahabatan kita hingga ke Jannah πŸ’–

bersama pasangan masing-masing



 xoxo,
ainaeclipse



❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

Monday, 13 May 2019

Salah satu wishlist


Assalamualaikum readers !


Alhamdulillah aku masih diberikan peluang untuk aktif kembali dalam dunia blog ni. Dah lama sangat aku tinggalkan dan serius aku sangat rindu untuk berceloteh dalam ini. Aku cuba untuk merajinkan diri aku untuk penuhkan entri dalam blog ni dan aku harap korang tak annoying dengan apa yang aku update segala benda dalam ni. Kalau korang berminat untuk baca do follow me, if not just duduk diam2 kat tepi jangan sesekali mengedik buka blog aku ni ! HAHAHA 😏

Sebenarnya untuk aktif balik dunia blog ini adalah salah satu wishlist aku, sebab apa?
Sebab aku suka sangat menulis even apa yang aku tulis kadang--kadang tu macam takde input tapi untuk orang yang suka sangat menulis macam aku ni, adalah satu kepuasan 😁
tak kisah pun ada yang follow atau tak, tapi kalau itu minat kita, kita tetap akan teruskan jugak kan?😊

Banyak sangat benda alam ni yang aku nak update, sampai tak tahu nak update yang man satu πŸ˜… but yeahh...aku tetap akan cerita jugak walaupun itu bukan satu benda yang penting pun untuk korang tahu, tapi aku jadikan blog ini salah satu medium untuk aku berkongsi rasa, cerita dan ilmu untuk aku simpan dan share pada pembaca diluar sana.(yeye jee ada pembaca!, syok sendiri betul aku niπŸ˜†)

Hopefully, blog ini takkan berabuk balik la macam sebelum niπŸ˜…


❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

Thursday, 9 May 2019

Raja Sehari

Assalamualaikum...


Lama giler I tak update blog ni, dah bersawang usang bagai..HAHAHA!
tipu la kalau cakap tak rindu nak menulis, nak meroyan diruangan kosong ni but yaa disebabkan ada attitude "M.A.L.A.S" itulah yang tidak di update segala hal disini.

Okay, back to the topic yang aku nak berceloteh adalah tentang status aku kini dah berubah kepada "isteri orang". Alhamdulillah...tanggal 30 Jun 2018 aku selamat diijab kabulkan oleh ayah aku sendiri bersama dengan insan yang selama ini dalam penantian ku.(bground music : Penghujung Cintaku) giteww πŸ™ˆ

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. segala persiapan dari segi khemah, catering, baju nikah&sanding, hantaran semuanya aku sendiri yang handle, aku pun taknak lah menyusahkan parents aku sendiri lagipun ni majlis sendiri kan. Aku sendiri yang nak pun so pandai-pandailah handle, so aku just tanya pendapat diaorang mengenai makanan dan tema majlis saja. Kad kahwin husband aku yang handle sebab dia pun buat bisnes berkaitan dengan Kad kahwin a.k.a printing. Segala jenis printing dia boleh handle, so korang yang berminat untuk tempah Kad kahwin, korang boleh la check it out di Facebook/Instagram : @kadkahwin.srikandi
Semua complete, ada package yang disediakan, korang tinggal pilih jee πŸ˜™

Okaylah, aku pun taknak berceloteh panjang sangat kat sini, korang pun bukannye nak baca sangat kan entry aku ni, tu pun bertuah la KALAU ada yang baca, entah-entah memang takde readers pun, aku je perasan lebih πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
btw, thanks yang sudi baca entry ni 😘



amboiii kemainnn...excited sangat nak akad nikah tuu😝


Alhamdulillah...selamt sudah. Officially I'm your wife, Ahmad Syafiq πŸ’ž


One happy family. Keluarga kecil ku πŸ’—
xoxo,
ainaeclipse.

❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤