Saturday, 26 October 2019

Convert file PDF?! Mudahnya ada website niiii....

Assalamualaikum...


Hi korangggg !!!
Korang selalu tak convert file PDF ke Word or power point or excel atau apa-apa jenis file laa... mesti dah biasa kan ! 
okay kali ni Aina nak share dengan korang satu laman web mengenai file converter PDF. Actually website ni kawan aina yang share dengan Aina, dia rasa kagum gler dengan website ni sebab semuanya ada dalam ni dan ada je fews website lain yang dah ada lebih kurang macam website ni dan ni salah satu website yang bagi aku agak amaze jugak  la 😍
So, disebabkan dia sudi share dengan aina dan aina pun nak la share dengan korang jugak untuk kita sama-sama manfaatkan website ni pluss dia sangat memudahkan kita as a user.

Contoh sebelum ni kalau kita nak convert PDF file ke file lain kita mesti guna converter online kan dan terpaksa bukak dua tiga tab untuk cari file converter tu. Contoh satu tab untuk convert ke word, satu lagi ke power point, satu lagi excel, kan payah tuuu sampai kena bukak dua tiga tab untuk convert file tu jee..tu belum lagi dapat website yang tah mende-mende dia merapu dalam tu 😑
👎👎👎

Tapi dengan adanya website SmallPdf ni, membuatkan kerja korang menjadi lagi mudah dan tak banyak buang masa untuk cari website converter yang bagus !

Aina sangat suggestkan korang guna website ni, All in one okayyyyy !😎 
see....semuanya ada, korang pilih je nak convert ke file apa 😏

Gaisss....selamat mencuba !💪

xoxo,
ainaeclipse

❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

This entry was posted in

Counting Days ♥

Assalamualaikum...


Hai koranggg...
Well, hari ni Aina takde buat apa-apa pun kat rumah, macam biasa rutin hujung minggu belah pagi Aina settlekan baju yang tak basuh lagi, lepas tu jemur then Aina bersihkan sangkar kucing, mandikan diaorang then settle semua barulah Aina duduk rehat. Buat benda-benda tu je pun Aina rasa dah penat gler ! 😅 Tapi takpelah Aina anggap tu sebagai exercise untuk memudahkan bersalin nanti, InshaAllah....

Btw, Aina dah 39 minggu dan masih takde lagi tanda-tanda nak bersalin tu 😂 tapi alhamdulillah nurse dan doktor cakap everything okay, baby pun sihat dan last I checkup saiz baby 2.7kg dan time tu minggu ke 36. Aina harap sangat takkan lebih 40 minggu dan I taknak kena INDUCEEEEE !!!😟
I always told my baby "sayang, jangan overdue okay, ontime takpe but please don't overdue"😂


Gais...please doakan Aina dipermudahkan untuk bersalin dan doakan kami berdua selamat 😙
inshaAllah..bila Aina dah selamat bersalin nanti, dan semuanya dah settle, i will share with you gais my experience in labour room, lagipun I nak simpan moment tu dalam blog ni, so my babies boleh la baca bila diaorang dah besar nanti kan !
cehhh...angan-angan kemain lagi aku ni 😂😆

xoxo,
ainaeclipse

❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

Thursday, 17 October 2019

Sedap sangat ke Chicken Rice Guys ni???

Hi korang !

Pernah dengar kedai makanan "Chicken Rice Guys"???
Mungkin warga Shah Alam Seksyen 7 dah biasa dengar nama kedai ni dan of course students area sana pun tahu kan kedai apa ni.
Okay untuk yang belum pernah dengar lagi pasal kedai ni, kedai ni merupakan kedai nasi ayam !
Siap dah keluar TV lagi kedai ni, punyalah ramai yang memperkatakan mengenai kedai ni.
So, nak dijadikan cerita mak aku ajak la kami pergi makan tengahari kat sini hari Ahad lepas, mak aku siap surh google lagi kalau nak ke sini macam mana, kemainn tau mak aku sekarang ni, nasib tak reti guna smartphone kalau tak merata dah dia bawa kami ni pergi makan yang di dok sibuk tengok dalam TV tu 😅

Aku bukak je google, just taip "Chicken Rice Guys" then terus je keluar kedai ni dan aku pun waze sajalah nak menghala ke sini. Nak ke seksyen 7 tu aku tahu la tapi nak menghala ke kedai ni aku taktau area mana, rupanya kedai ni dekat je dengan Unisel, so korang dah dapat imagine kan kawasan mana 😏😏
ni la ghupee kedai tuuu, ala ala hipsturrr sikit, tapi memang penuh luar & dalam 😅

Kteorang sampai jee, terkejut jugak la sebab dah penuh kedainya padahal time tu baru je dalam pukul 11 lebih, nasib baiklah ada meja kosong untuk kami bertiga ni. Kat sini korang tak payah tunggu pun diaorg ambik order or hantar menu, korang sampai je terus duduk dan tulis la sendiri menu apa yang korang nak makan, dah siap tulis tu bagi je kat waiter tu. 
ni antara menu yang kami order :
dah nak habis wantan goreng ni aku baru teringat nak ambik gambar 😆
mak dengan adik aku kata sedap, aku tak makan pun sebab memang tak minat 😅

ni main dish nye la, Roasted Chicken Rice.
Hat ni adik aku yang order tapii adik aku kata nasi nye sikit sangat 😂
tapi sedap la katanya. Surce dengan kicap dia letak dalam botol je, so setiap meja memang ada, puas la kalau korg nk letak banyak mana kan !
yang ni aku order, mee kari !
boleh laa, sedap jugak tapi next time mungkin order menu lain pulak😅


ermm..yang ni mak aku yang order, ala-ala kueyteow kungfu gituu tapi yang ni dia guna kueyteow halus bukan yang lebar macam selalu kita makan tu...
Sedap jugak yang ni tapiiii mungkin time aku datang ni kicap or sos tiram dia terlebih
so rasanya agak masin, sampai adik aku sendiri pun tak boleh nak habiskan 😅

So, based on apa yang kami order ni, mungkin hanya nasi ayam dia kot yang menjadi kegilaan orang, mostly yang datang sini aku tengok diaorg order nasi ayam. Ada sorang brother ni duduk belakang mak aku, aku terdengar la dia cakap dengan member2 dia "ni 5 kali suap, habis dah"😆😆
tapi memang berselera la aku tengok diaorg makan dan diaorg hanya order nasi ayam sahaja, takde la yang makan makanan lain.
Kepada pengemar nasi ayam, korang patut cuba makan kat kedai ni, sebab masa aku datang ni makin lewat tengahari makin ramai pulak orang datang😁
Lain orang, lain seleranya kan ! 😉


Lokasi             : 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi : Setiap hari. 8am-7pm

xoxo,
ainaeclipse

❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

Saturday, 12 October 2019

5 Punca utama berat badan naik & gemuk selepas kahwin.

Korang mesti ada kenalan yang dahulunya langsing tapi badan semakin naik bagaikan dipam-pam, selepas mendirikan rumahtangga kan???
Selalunya kalau kita tanya, mesti jawapan mereka "biasalah.....bahagiaaa."

Berikut antara 5 punca berat badan betambah selepas berkahwin :

  1. Tak perlu lagi mencari jodoh
Biasanya pasangan yang sudah bertemu jodoh a.k.a soulmate ni dah merasakan tak perlu lagi "melawa" untuk menarik perhatian pasangan. Lagipun dah boleh guna alasan "terimalah pasangan seadanya". Tak gitu???

      2. Tabiat pemakanan
Kajian mendapati makan sambil ditemani orang lain boleh menyebabkan seseorang itu makan dengan lebih banyak daripada biasa. Nak-nak pulak dapat pasangan yang pandai memasak, request je nak makan apa, tinggg...terus siap !

     3. Banyak menonton TV
Kebanyakkan pasangan yang dah berkahwin ni banyak menghabiskan masa dengan menonton TV mahupun movie kegemaran masing-masing sambil ditemani pelbagai jenis snek untuk mengunyah, mana tak gemuk !


    4. Tabiat tidur
Bila sudah berkahwin ni akan berkongsi katil yang sama dan kadangkala menyebabkan tabiat tidur seseorang itu boleh terganggu dan tidak dapat tidur yang secukupnya. Tidur tidak cukup juga boleh menyebabkan berat badan naik tau !

    5. Turun berat hanya untuk majlis perkahwinan sahaja
Biasanya yang ini terjadi pada kaum hawa kan?!
Habis je majlis perkahwinan, dah bergaya dengan cantik bersama busana dan makeup yang diinginkan, terus hanyut diet yang selama ini diamalkan.

Makanya, tidak salah naik berat badan tapi berpadapada lah jangan sampai dapat penyakit baru nak menyesal. Bak kata pepatah melayu "dah terhantuk baru nak tergadah".

Jangan lupa amalkan pemakanan yang sihat, diet yang seimbang dan paling penting senaman 2-3 kali seminggu barulah sihat bersama dan hidup lama till jannah, gituuu !😂


sumber : Rai Illani
xoxo,
ainaeclipse

❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

This entry was posted in

Barangan Keperluan Baby ❤

Assalamualaikum...


Seperti yang dijanjikan sebelum ni, now baru Aina ada masa untuk share beberapa barangan baby yang aina beli di shopee 😁

ni antara barang yang aina beli 😁
baju dan barut pun aina beli kat shopee jee, alhamdulillah so far barang2 yang aina beli semuanya okay ✌

Bantal dam beg pun samaaa, kecuali sabun mandian tu.
Disebabkan tu keluaran baru Johnson iaitu Cotton Touch, so aina beli secara offline sebab nak kena bau dulu..heee
YaAllah ! sumpah wangi, lotion dia pun samaaaa !!
time ni promo kat giant, harganya RM 19 berapa sen tah.
SuperMama tu adalah breastpump, yg ni je aina beli kat baby expo.
beg vcool dan warmer tu aina beli kat shopee.

So, Aina nak share sikit dengan korang kenapa aina beli breast pump super mama, mesti ada diantara korang tak pernah dengar kan !?
Awalnye aina nak beli pump on to go jee, sebab sebelum ni pernah je super mama ni lalu kt feed IG aina, tapi bila tengok harga kat website dia, terus tak jadi nak survey sebab harganya mahal sangat 😂😂 terus batalkan niat untuk memiliki supermama.
Kalau korang nka tahu super mama ni wireless sebab tu la aina fall in love sangat dengan breast pump ni, tapi korang pun tahukan harga pump wireless ni berapa biasa nya kan 😅

So, lepas aina usyar pump on the go ni, aina decide memang nak ambik ni dan untuk dapatkan harga promotion, aina kena beli kat baby expo kat Mid Valley, KL. Dengan kegigihan yang ada, aina pun pergi la bertemankan adik aina, mana husband??
Kebetulan, time ni memang husband aina takdapat nak turun sini disebabkan ada urusan kerja yang tak dapat dielakkan so i mintak adik temankan, nasib baiklah dia willing nak teman dan nasib baik jugak my mom tak follow sebab lama jugak lah tawaf dalam baby expo tu. Konon nya nak round kejap jee, tapi eh ehh TERlama pulak pusing dalam tu dan adik I pun kemainn ralit tengok barangbrang baby kat situ 😅

So, tengah jenjalan dalam tu lalu la stall supermama ni, so dapat la tengok pump ni depan-depan dan sekali lagi gua jatuh hati sama ini produk bhaiiii 😂😂😂 sampaikan confuse nak ambik pumponthego or super mama !
waduh waduhh.....benar-benar confusee, dua tiga kali ulang alik antara stall diaorang ni, nasib baiklah dekat 😅

Kenapa Aina confuse? apa beza pumponthego dengan Supermama ni???
Pumponthego jenama Sunny ni sangat sesuai ;a untuk ibu yang baru macam aina ni, pluss budget aina hanya RM 300 jee, so antara jenama pump yang lain dan aina nak double pump, jenama Sunny ni la yang murah dan machine pump dia senyap, tak kuat pun bunyi dia. Tapii yang lecehnye breast pump ni adalah ada banyak aksesori yang kena pasang dan cuci, kalau dah tengah malam nak pump tu, dengan wayar berselirat tak ke leceh tuu😅 (ala jenama lain pumn sama jugak😆)
harga asal Sunny ni adalah RM 380, kalau beli kat expo ni dapat la RM 299 lengkap dengan beg, bottle, zip beg yang letak susu tu dan ice brick.

Supermama ni pulak memang takde wire langsung, machine pump dia atas kepala botol tu je dan kau set la nak mcam mana, so bila nak pump tu sambil kau taip komputer pun takada masalah sebab sejenis yang handsfree dan paling best machine dia tak bunyi kuat langsung, sangat slow dan smooth je bunyi nya. Tapi ni aina tak try guna lagi, nanti dah guna Aina akan bg review, MESTI !
harga pump ni satu RM 160, so kalau aina beli dua aina dapat RM 290 tapii yang tak bestnye tak dapat apa-apa free gift sebab staff nya kata ni dah habis murah diaorang bagi. Nampaknya aina kena beli beg simpan susu tu dengan ice brick tu asing. Adik aina pun kata better beli yang ni sebabnya nampak simple and style. So I grab it !😁😁😁
nah ni link website diaorang dan korang bo;eh order kat sini : https://supermamalab.com/
see, so cute right ! 😍
sumber : google

some review dari website diaorang 😇

Thanks korang sebab sudi baca 😙😙
xoxo,
ainaeclipse.


❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

This entry was posted in