Assalamualaikum
Hi korang..
Alhamdulillah...lagi 15 minggu 6 hari Aina bakal melahirkan nak sulung kami ! 😁😁
Sekarang usia kandungan aina dah 24 minggu dan Aina pun dah beli sikit-sikit barangan baby, banyak beli kat online jee, lagi murah tapi tu la nasib la kalau dapat kualiti yang tak okay tapi setakat ni yang aina dah beli, sangat puas hati !
Jimat masa dan duit ! Ye la...banyak sangat kos yang nak guna untuk sambut baby ni baik dari segi barangan dia mahupun masa pantang nanti. Tu tak kira lagi kos berurut semua tuu...yang tu pun penting jugak untuk diri kita, yela kan badan ni nak guna lama. Effect dia mungkin bukan sekarang tapi akan datang nanti yang menanggungnya adalah diri kita jugekk.
Btw, masa hari Selasa baru ni ada ada check-up bulanan dan Aina terkejut sebab darah aina turun mendadak dan my nurse pun terkejut 😅 8.4 dari yang bulan lepas 10.7 !
But yeaa..I admit yang salah i sendiri sebab tak ambik langsung ubat tambah darah dan dari awal aina bukak buku pink lagi aina disahkan darah rendah. Well, actually Aina memang jenis darah rendah sebelum kawin lagi tapi rendah tu takde la tahap pening ke pitam tu semua Aina tak pernah rasa la tapi tu la kan tu masa bujang sekarang ni dah ada baby dalam perut so lagi kuat la darah tu ditariknya, salah sendiri laa !
Bukan taknak makan tapi korang faham-faham je la kan apa rasa ubat tuu, siapa je yang serasi dengan ubat tambah darah tu but now lepas tau je bacaan turun macam tu sekali Aina paksa diri aina untuk telan jugak ubat tu tapi Aina tak ambik ubat klinik la aina beli kat farmasi, Obimin. Ramai kawan aina kata yang diaorg tak boleh dengan ubat ni tapiiii aina terkejut sebab aina boleh telan ubat niii...Thank God !
Finally aina boleh makan ubat tambah darah tanpa ada alahan. Bayangkan selama ni aina cuba telan ubat klinik dan iberet, I cannot go ! Then, tak cuba langsung makan Obimin sebab ramai kata tak okay. So, kesimpulannya korang boleh tanya pendapat orang lain tapi tak semua yang diaorg makan serasi dengan kita, so nak taknak korang sendiri kena cuba. beli je dulu sepapan then try setiap hari tu lain lain ubat, mana yang serasi dengan korang, korang stay la dengan ubat tu.
Yang ni la ubat tambah darah dari klinik |
yang ni iberet, beli kat farmasi |
hat ni pulak obimin, pun beli kat farmasi |
Pleaseeeee...jangan degil macam aina ! setakat mengharapkan makanan je tak cukup, korang tetap perlukan ubat tuuu, makan la macam mana sekali pun dari pada kita kena masuk darah !
Heyyy...sape sanggup kan ! Tapi tu la hakikat yang Doktor I bagitahu, kalau dah sampai satu tahap korang tak boleh langsung makan ubat tambah darah last choice memang kena masuk darah. Bila dengar je Doktor cakap macam tu memang cuak laa weiii !
Heyyy...sape sanggup kan ! Tapi tu la hakikat yang Doktor I bagitahu, kalau dah sampai satu tahap korang tak boleh langsung makan ubat tambah darah last choice memang kena masuk darah. Bila dengar je Doktor cakap macam tu memang cuak laa weiii !
Tolong yeee...tolong ikut dan dengar apa yang nurse suruh makan, suruh amalkan tu, sebab apa-apa pun semuanya berbalik pada diri kita !😊
Lepas aina tahu darah aina turun mendadak, perasaan risau tu tak boleh nak describe macam mana, luar nampak relax jee..lepas balik kerja, malam tu macam-macam aina fikir, macam2 yang aina rasa lepas tu aina cerita dekat husband, boleh pulakkk dia sambung bebel kalah nurse tahu tak ! lagi la down, baca msg dia berair jee mata ni 😂 dengan aina nya teringat mimpi sebelum ni, lagi la rasa nak meraungggggg dan memang aku menangis pun malam tu, Ya Allah time tu Tuhan je tahu apa yang aina rasa, sampai aina rasa nak je telan banyak-banyak ubat tambah darah tu dan berharap esok paginya darah aku back to normal.
ermm....macam ni la kot perasaan orang yang ada 'isu' semasa hamil, ye la selama ni aku relax jee, tak ambik pusing sangat isu darah rendah ni sekali nahhh...Tuhan bagi rasa nii, rasa takut kehilangan 😔😔😔
Esoknya, aina kena pergi lagi klinik untuk ambik sample darah, diaorg nak tahu punca darah aina turun ni sebab apa, dan aina harapp sangatttt result nya bukanlah berita buruk😓
Gaisss...pray for me k !😔😔🙏
xoxo,
ainaeclipse
0 comments:
Post a Comment