Thursday, 25 July 2019

Labur ke Simpan???

Assalamualaikum...


Hi korang...
Hari ni entah kenapa aina tergerak hati nak cari beberapa cara untuk tambahkan duit simpanan dan aina terjumpa satu artikel yang sangat menarik bagi aina, dan Aina rasa aina patut share kan dengan korang, mungkin ada yang pernah baca artikel ni tapi takpe aina share just untuk berkongsi ilmu je dengan korang, kot kot la ada yang masih terumbang ambing lagi dalam bab "menyimpan duit ni" so korang boleh la guna cara  ni 😉😉

dalam masa 5 tahun, ada simpanan sebanyak RM 77,000.00 !!! 😲😲😲

Aina harap korang hadam apa yang dituliskan oleh si penulis, tolong yeee jangan malas sangat nak membaca !
bagi aina ilmu ni sangatttttt penting dan bernilai untuk kita follow, terpulang pada korang untuk menilainya. 💁

Labur dulu, baru simpan. Atau simpan dulu, baru labur???

Hanya segelintir orang saja yang akan "alert" akan hal ni, so mana yang masih berminat lagi untuk menyimpan untuk masa depan, korang akan baca intipati penulis ni, mana yang tak kisah tentang masa depan, yang masih mahu enjoy lagi, korang boleh abaikan je apa yang penulis ni share.

Here we go.....

Dengan RM1,000 sebulan, anda pasti terkejut berapa banyak duit tu boleh ‘beranak’ !!!



❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

This entry was posted in

Saturday, 13 July 2019

Malu

Boleh aku mengungkapkan sesuatu?

hingga malam ini


detik ini...


aku masih malu melihat mu

-Alia-




❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

This entry was posted in

Friday, 12 July 2019

Tambah darah?!

Assalamualaikum


Hi korang..

Alhamdulillah...lagi 15 minggu 6 hari Aina bakal melahirkan nak sulung kami ! 😁😁
Sekarang usia kandungan aina dah 24 minggu dan Aina pun dah beli sikit-sikit barangan baby, banyak beli kat online jee, lagi murah tapi tu la nasib la kalau dapat kualiti yang tak okay tapi setakat ni yang aina dah beli, sangat puas hati !
Jimat masa dan duit ! Ye la...banyak sangat kos yang nak guna untuk sambut baby ni baik dari segi barangan dia mahupun masa pantang nanti. Tu tak kira lagi kos berurut semua tuu...yang tu pun penting jugak untuk diri kita, yela kan badan ni nak guna lama. Effect dia mungkin bukan sekarang tapi akan datang nanti yang menanggungnya adalah diri kita jugekk.

Btw, masa hari Selasa baru ni ada ada check-up bulanan dan Aina terkejut sebab darah aina turun mendadak dan my nurse pun terkejut 😅 8.4 dari yang bulan lepas 10.7 !
But yeaa..I admit yang salah i sendiri sebab tak ambik langsung ubat tambah darah dan dari awal aina bukak buku pink lagi aina disahkan darah rendah. Well, actually Aina memang jenis darah rendah sebelum kawin lagi tapi rendah tu takde la tahap pening ke pitam tu semua Aina tak pernah rasa la tapi tu la kan tu masa bujang sekarang ni dah ada baby dalam perut so lagi kuat la darah tu ditariknya, salah sendiri laa !
Bukan taknak makan tapi korang faham-faham je la kan apa rasa ubat tuu, siapa je yang serasi dengan ubat tambah darah tu but now lepas tau je bacaan turun macam tu sekali Aina paksa diri aina untuk telan jugak ubat tu tapi Aina tak ambik ubat klinik la aina beli kat farmasi, Obimin. Ramai kawan aina kata yang diaorg tak boleh dengan ubat ni tapiiii aina terkejut sebab aina boleh telan ubat niii...Thank God !
Finally aina boleh makan ubat tambah darah tanpa ada alahan. Bayangkan selama ni aina cuba telan ubat klinik dan iberet, I cannot go ! Then, tak cuba langsung makan Obimin sebab ramai kata tak okay. So, kesimpulannya korang boleh tanya pendapat orang lain tapi tak semua yang diaorg makan serasi dengan kita, so nak taknak korang sendiri kena cuba. beli je dulu sepapan then try setiap hari tu lain lain ubat, mana yang serasi dengan korang, korang stay la dengan ubat tu.

Yang ni la ubat tambah darah dari klinik



yang ni iberet, beli kat farmasi

hat ni pulak obimin, pun beli kat farmasi



Pleaseeeee...jangan degil macam aina ! setakat mengharapkan makanan je tak cukup, korang tetap perlukan ubat tuuu, makan la macam mana sekali pun dari pada kita kena masuk darah ! 
Heyyy...sape sanggup kan ! Tapi tu la hakikat yang Doktor I bagitahu, kalau dah sampai satu tahap korang tak boleh langsung makan ubat tambah darah last choice memang kena masuk darah. Bila dengar je Doktor cakap macam tu memang cuak laa weiii !
Tolong yeee...tolong ikut dan dengar apa yang nurse suruh makan, suruh amalkan tu, sebab apa-apa pun semuanya berbalik pada diri kita !😊

Lepas aina tahu darah aina turun mendadak, perasaan risau tu tak boleh nak describe macam mana, luar nampak relax jee..lepas balik kerja, malam tu macam-macam aina fikir, macam2 yang aina rasa lepas tu aina cerita dekat husband, boleh pulakkk dia sambung bebel kalah nurse tahu tak ! lagi la down, baca msg dia berair jee mata ni 😂 dengan aina nya teringat mimpi sebelum ni, lagi la rasa nak meraungggggg dan memang aku menangis pun malam tu, Ya Allah time tu Tuhan je tahu apa yang aina rasa, sampai aina rasa nak je telan banyak-banyak ubat tambah darah tu dan berharap esok paginya darah aku back to normal.
ermm....macam ni la kot perasaan orang yang ada 'isu' semasa hamil, ye la selama ni aku relax jee, tak ambik pusing sangat isu darah rendah ni sekali nahhh...Tuhan bagi rasa nii, rasa takut kehilangan 😔😔😔
Esoknya, aina kena pergi lagi klinik untuk ambik sample darah, diaorg nak tahu punca darah aina turun ni sebab apa, dan aina harapp sangatttt result nya bukanlah berita buruk😓
Gaisss...pray for me k !😔😔🙏

xoxo,
ainaeclipse

❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

Thursday, 11 July 2019

Wishlist tercapai 💕

Assalamualaikum...


I got surprise from my soulmate💕💕  Tadaaaaaa ~~~

Instax Mini 9 !!! 😍😍😍
Well, salah satu wishlist yang aina idamkan selama ni dapat wei !! 😂
Hadiah anniversary katanya 🙈
Aina harap, aina tak ketinggalan menggunakan camera ni, walaupun aku tahu sekarang orang dah makin kurang guna camera ni maybe salah satu sebab nya adalah costing !
yela kan nak kena beli film nya tu bukannya murah dan kena guna sebaik mungkin, sangat rugi kalau main snap gambar je, dengan lighting tah pape, angle nye senget benget, weii seriously rugi !
tapiiiiii....takpe laa dah memang ni aku nak dari dulu 😆😆😆
tahu tak sebab apa aina nak sangat camera ni, sebabnya terpengaruh dengan dunia tumblr & pinterest 😆 Pandai gila diaorang ambik gambar guna ni dan hasil nya superb doe !
membuatkan diri ku jatuh cinta dengan camera ni ! 🙈😂

contoh gambar dari pinterest

That's why I love polaroid💗
Moga seorang Nor Aina dapat menggunakan instax ini dengan sebaik mungkin dan menghasilkan gambar-gambar yng superb ! aaminnnn😁

xoxo,
ainaeclipse

❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

Wednesday, 3 July 2019

Breadcrumbs

Everyone follow me

except the person I keep following

from leaving breadcrumbs in case you ever look back

so you can see the distance i went to try and reach you.


-The middle seat-



❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

This entry was posted in