Tuesday, 11 June 2019

Cocktail resepi Mak Mertua 😚


Assalamualaikum...


Hai uolsss.....
Kali ni aina nak share cara buat koktail dengan menggunakan bahan paling mudah sekali, buat peminat koktail tuu, lepas ni korang tak payah dah dok serabut nak menggunakan banyak bahan or buah-buahan sebab resepi ni memang yang paling mudah sekali dan tidak perlu melaburkan banyak duit 😁😁
kalau korang nak tahu, koktail ni favourite mak mertua aina, dia rajin giler buat koktail lagi-lagi bila aina balik sana, mesti dia sediakan dan dari situ la aina tengok bahan yang dia gunakan sikit gler !
tapi ye lah kan, terpulang la pada keinginan korang nak letak apa dalam tu, aina just share apa yang kami gunakan πŸ˜‰

Here we go.....

Bahan-bahan :

Susu sejat. Aina suka guna gold coins tapi time beli jumpa yang ni jee πŸ˜‚
korang nak guna longan boleh, buah lain pun boleh, ikut tekak masing2.
Guna campuran buah ni pun boleh 😊

Puding/jelly

hasil setelah dikeluarkan dari acuannya πŸ˜‹

Cara-cara nya :

Nak senang gaul, korang letak je dalam jug air lepas tu korang campurkan semua bahan-bahan diatas tapii yang susu sejat tu korang jangan tuang satu tin pulak!
Letak puding dulu, lepas tu tuang satu tin buah longan tu then susu sejat korang letak dalam setengah tin ataupun korang rasa dulu. Guna gula tak???
kalau aina memang tak guna sebab air tin buah tu dah memang manis campur puding lagi la manis, so memang aina tak galakkan korang letak gula kang terlebih manis dalam tu tak pasal je kena kencing manis ! Bahaya oooo ! πŸ˜‚πŸ˜‚

Susu dan air tu korang seimbang kan rasanya, ikut kemanisan masing-masing 😁
korang kacau sampai rata then letak la dalam bekas lepas tu simpan dalam peti ais.
Minum time cuaca panas, dengan koktail yang baru keluar dari peti ais tuu.. perghhhh...lagi nikmat rasanya ! πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜

tadaaa...dah siap πŸ˜‹
Sedia untuk di ngap πŸ˜‚

Selamat mencubaπŸ˜€πŸ˜€


xoxo,
ainaeclipse.

❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

This entry was posted in

0 comments:

Post a Comment