Sunday, 30 June 2019

Hindari 9 makanan ini, jika inginkan awet muda !

Sesetengah orang mungkin agak tersinggung bila disangka jauh lebih tua dari usia yang sebenar, kalau aina pun tersinggung !
Namun, sebaliknya sebahagian orang akan merasa senang bila dia dikira jauh lebih muda dari usia asalnya a.k.a awet muda laaa 

Nah, aina share kan beberapa tip dari buku Reader's Digest makanan yang perlu DIELAKKAN jika inginkan kulit awet muda, antaranya ialah :-

  1. Permen(Gula-gula) atau makanan tinggi gula

Permen mengandung banyak sekali gula. Sedangkan, gula adalah musuh terbesar dua protein yang bisa membuat kulit Anda senantiasa awet muda, yakni kolagen dan elastin. 
Hal itu dibenarkan oleh dr. Nadia Octavia dari KlikDokter. Menurutnya, gula yang terkandung dalam makanan akan membentuk advance glycation and products (AGE)  di dalam tubuh. AGE yang terakumulasi dapat merusak berbagai protein di dalam tubuh sehingga kulit akan menjadi mudah berkerut, kendur, dan kusam.

       2. Daging yang dibakar dengan arang
Daging yang dibakar dengan arang biasanya akan lebih mudah hangus. Nah, daging hangus sering mengandung hidrokarbon proinflamasi. Hal itu tentunya tidak baik karena dapat menyebabkan peradangan serta dapat menghancurkan kolagen kulit.


      3. Minuman beralkohol
Minuman beralkohol dapat menyebabkan kerusakan fungsi organ hati. Nah, ketika organ hati tidak berfungsi dengan baik, racun yang berpotensi memengaruhi kulit akan menumpuk dan kulit mendapatkan banyak masalah, salah satunya penuaan dini.

     4. Kopi
Kafein memang bisa “membangunkan” Anda. Tetapi, jika mengonsumsi kopi atau kafein terlalu banyak, hal itu justru berdampak buruk pada kulit. Sebab, kafein dapat membuat kulit menjadi kering serta menimbulkan garis-garis halus. Efeknya pun akan semakin buruk bila Anda menambahkan banyak gula di dalamnya.




❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

This entry was posted in

❤ Tahun pertama kami ❤

Assalamualaikum...


Hi korang...
Alhamdulillah hari ni genap setahun usia perkahwinan aina. Rasa macam sekejap je masa berlalu, sedar tak sedar dah setahun rupanya 😅
Alhamdulillah...💕

Well...orang kata setahun dua perkawinan ni adalah tahun honeymoon maksud honeymoon tu bukan lah pergi ber-honeymoon tapi tahun yang indah belaka orang kata!

Semuanya indahhhh....haaa...nanti tunggu la dah masuk tahun ke 3 ke-atas macam-macam isu timbulnya!
Tapi aku harap takde la macam tu, gaisss...doakan kami agar sentiasa sabar & kuat harungi kehidupan rumah tangga, serius wehhh...aina sangat takut bila isu kecik diperbesar-besarkan dan disebabkan itulah yang boleh menyebabkan bergaduhan yang besar. Seriously, aina memang tak suka gaduh-gaduh ni, Aina dah memang pesan awal-awal kat suami aina yang aina bukan jenis orang yang suka cari pasal ataupun memperbesarkan hal-hal yang tak sepatutnya, tapi tulah kan kadang tu kita kata je macam tu tapi kalau dah dinamakan nya 'setan' nak dijadikan punca tetap gaduh jugak !💁
Sebab itulah, kita ni jangan tinggalkan solat, rajin berdoa mintak pertolongan dari Dia untuk tetapkan hati-hati kita ni, pelihara juga diri kita ni dari hasutan syaiton ! Ingat tuu "The Power of Duaa" tiada siapa boleh pertikaikan 😊😊

Tahun ni takde la sambutan yang gah, biasa-biasa jee yang penting aku dapat bersama dengan suami tercintaaaa dan bersama dengan bakal zuriat kami 🙈 almaklum laa, kalau dah ber-pjj ni memang susah untuk bersama bila waktu-waktu yang special macam ni sangat untung kalian yang sentiasa bersama dengan suami, makan minum pakai suami terjaga, I wish one day I have chance to do all those things for my husband😔
Korang, tolong doakan rumah tangga kami kekal bahagia hingga ke jannah tau 😊😊

"Di dunia ini,banyak perjalanan yang ku lewati antaranya adalah
Perjalanan menemukan mu dan perjalanan menghabiskan waktu bersama mu...
dan keduanya adalah kesukaan ku💖"
300618 | 0830
xoxo,
ainaeclipse.



❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

Thursday, 20 June 2019

Bukan siapa-siapa

dipandang pun tidak 
apatah lagi dikhabarkan berita

bersuara pun tidak
apatah lagi menyapa

well...itu aku kata
kita ini bukan siapa-siapa
baik dibawah, apatah lagi mata diatas

sentap.

-eclipse-
waktu sore

❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

This entry was posted in

Wednesday, 19 June 2019

Brides to be ?

Assalamualaikum..


Hi korang...

Tak lama lagi dua orang ex housemates aina masa diploma dulu akan mendirikan sebuah masjid indah, sorang bulan Julai dan sorang lagi bulan September. Alhamdulillah atas perkenalan mereka dan pasangan akhirnya berakhir ke jinjang pelamin, inshaAllah 😚

Pertengahan bulan April, aina and the gang sempat surprise kan mereka dengan semua party brides to be 👰👰 Nasib baik tau jadi surprisenye !
Dalam masa sebulan lebih jugak la kami plan event ni, siap sewa homestay lagi untuk raikan diaorang. Makanan tak payah cakap la, ada yang order ada yang masak sendiri tapi kebanyakkan masak sendiri la almaklum la semuanya anak dara kan. Total yang join event ni termasuk brides 14 orang, ramai kannn!
Ramai macam ni la baru meriah walaupun banyak ragam tapi demi brides ni kami berjaya juga berkumpul seramai ini 😁😁

Kami menyewa melalui www.airbnb.com dan dapat dekat area Denai Alam, Shah Alam. Alhamdulillah rumahnye besar, sangat bersih dan kelengkapannya pun tersusun rapi. Memang puas hati la...Total sewa rumah tu RM 500++, okay la kan dengan apa yang diaorg providekan pada kami dan paling bestnya ada kolam mandi 😁😁
Dalam rumah ni ada 4 bilik tidur, 6 katil dan 5 bilk air

ni rumah nya, besar kan!

Ruang tamu

salah satu bilik tidurnya. Setiap bilik ada bilik air, almari, kipas dan aircond !


Kolam renang.

Dessert agar-agar

Dessert kek batik dari Kueh.bites(IG)

sedikit decoration untuk cawan kteorang 😂
Gambar makanan lain taktau dalam camera siapa 😌
ada nasi goreng, laksam, Oden pun buat jugak, ayam dan ikan bakar. Ni je kot yang aku ingat 😂😂
tapi sebelum acara menjamu makanan ni mula, kami settlekan dulu urusan bergambar dan few games yang kami sediakan untuk brides..hehehehe

Sedikit hiasan yang di set up

Comel kan kami 🙈🙈

terimalah wefie dari kami ni haa 😂

Lepas tu dalam jam 10 baru kami start makan then baru sambung main games balik.
ni kad untuk penentuan group, group pecah kepada dua dan setiap group ada wakil brides nye 😉
kad ni design sendiri oleh one of our friend, thanks babe 😚

last dari kami, kisses from us to our brides 💕
Dalam pukul 12 jugak lah baru kami habis main game, esok nya get ready untuk checkout after breakfast !
alah..alah..alah...brides kita niii 😂

ni la brides kami. Naqibah & Amirah😘 kemainn berserii lagi !

#Teambrides

Last photo with them 💖

Okay lah, tak boleh up gambar kami banyak sangat kang ada yang sakit mata nengoknya 😆😆
Thanks yang terlibat memeriahkan event ni, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan semoga urusan bakal pengantin kita ni dipermudahkan segala urusan. Adat la tu ada gaduh or berselisih faham dengan bakal suami, dugaan bertunang orang kata, sabar ye dan kuatkan hati 😘
Ada rezeki kita berjumpa dimajlis pengantin 😊😊

xoxo,
ainaeclipse







❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

Tuesday, 18 June 2019

Kunci

kunci tu 
mana kau jumpa?

bak balik
aku belum sedia.

-Sofa biru-


❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

This entry was posted in

Monday, 17 June 2019

Bukan

bukan jalan kita
tapi jalan allah

bukan pilihan kita

tapi pilihan Allah

bukan keputusan kita

tapi keputusan Allah

bukan ketetapan kita

tapi ketetapan Allah.


-unknown-

❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

This entry was posted in

Tuesday, 11 June 2019

Cocktail resepi Mak Mertua 😚


Assalamualaikum...


Hai uolsss.....
Kali ni aina nak share cara buat koktail dengan menggunakan bahan paling mudah sekali, buat peminat koktail tuu, lepas ni korang tak payah dah dok serabut nak menggunakan banyak bahan or buah-buahan sebab resepi ni memang yang paling mudah sekali dan tidak perlu melaburkan banyak duit 😁😁
kalau korang nak tahu, koktail ni favourite mak mertua aina, dia rajin giler buat koktail lagi-lagi bila aina balik sana, mesti dia sediakan dan dari situ la aina tengok bahan yang dia gunakan sikit gler !
tapi ye lah kan, terpulang la pada keinginan korang nak letak apa dalam tu, aina just share apa yang kami gunakan 😉

Here we go.....

Bahan-bahan :

Susu sejat. Aina suka guna gold coins tapi time beli jumpa yang ni jee 😂
korang nak guna longan boleh, buah lain pun boleh, ikut tekak masing2.
Guna campuran buah ni pun boleh 😊

Puding/jelly

hasil setelah dikeluarkan dari acuannya 😋

Cara-cara nya :

Nak senang gaul, korang letak je dalam jug air lepas tu korang campurkan semua bahan-bahan diatas tapii yang susu sejat tu korang jangan tuang satu tin pulak!
Letak puding dulu, lepas tu tuang satu tin buah longan tu then susu sejat korang letak dalam setengah tin ataupun korang rasa dulu. Guna gula tak???
kalau aina memang tak guna sebab air tin buah tu dah memang manis campur puding lagi la manis, so memang aina tak galakkan korang letak gula kang terlebih manis dalam tu tak pasal je kena kencing manis ! Bahaya oooo ! 😂😂

Susu dan air tu korang seimbang kan rasanya, ikut kemanisan masing-masing 😁
korang kacau sampai rata then letak la dalam bekas lepas tu simpan dalam peti ais.
Minum time cuaca panas, dengan koktail yang baru keluar dari peti ais tuu.. perghhhh...lagi nikmat rasanya ! 😋😋😍

tadaaa...dah siap 😋
Sedia untuk di ngap 😂

Selamat mencuba😀😀


xoxo,
ainaeclipse.

❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

This entry was posted in

Monday, 10 June 2019

Sandwish campak-campak jerrr !

Assalamualaikum...


Hai korang !
okay, hari ni aina nak share resepi sandwish cara yang aina sediakan, aina buat simple jee takde pun guna bahan yang renyah-renyah tuuu, just sediakan barang apa yang ada kat rumah jee 😁

here we go....
Memang guna yang pedas sebab takut muak kalau beli yang biasa,
lagipun memang tak guna cili potong dalam sandwish.


Mayonis, ikut korang la nak guna jenama apa pun, janji ada mayonis.

Roti

Hotdog. Hat ni pun korang boleh guna ayam potong/daging burger pun sedap jugak kalau letak 😉


ada satu gambar yang aina lupa nak ambil iaitu gambar sayur. Aina guna tomato dan juga kobis. HAHAHA....sayur ni je yang ada kat rumah aina tak beli pun salad sebab time ni memang tak plan pun nak buat breakfast sandwish, tu yang grab apa je ada dalam peti ais 😅
So...terpulang la pada korang nak guna sayur apa, taknak letak pun takpe jadi je sandwich tuuu

Cara-cara nya :-


Tuna, hotdog, tomata, kobis dan mayonis. 
Gaul sehingga rata, adjust la rasa dia ikut citarasa korang.



Tadaaaa....siap daahh !

😋

siap letak dalam tapeware, bawak bekal pergi kerja 😙

Haaa...siap dah !
senang je kan aina buat, simple ya amat !

Selamat mencuba 😁😁

xoxo,
ainaeclipse.

❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

This entry was posted in

Friday, 7 June 2019

ヽ(*^ー^)人(^ー^*)ノ Raya Oh Raya ヽ(*^ー^)人(^ー^*)ノ

Assalamualaikum...


Hai korang...
macam mana raya korang tahun ni? 
Best?
Meriah?
Banyak tak menu raya yang korang masak?? kuih raya berapa jenis buat?
keee kuih tunjuk jee..hehehe🙊
.
Aina?
Alhamdulillah...tahun ni raya pertama sebagai seorang isteri dan raya pertama juga bersama dengan keluarga mertua 😇
okay ke beraya dengan keluarga mertua? tak kekok ke???
well...untuk aina alhamdulillah la tak kekok, seronok lagi ada laaa...
mungkin sebab MIL dengan adik ipar aina pun layan aina macam family so sebab tu kot tak rasa kekok, aina rasa macam beraya dengan family sendiri tapi ye la takde la feeling dia sama macam beraya dengan family sendiri tapi kalau kita asyik compare kan family MIL dengan family kita sampai bila-bila kita takkan rasa happy stay dengan diaorang. Just be yourself tapi jangan la sampai diaorang rasa kau tu pentingkan diri ! Tolerate sikit ! 😀
.
Well, tahun ni aina just tolong adik ipar buat biskut raya, aina pun takde la reti sangat buat biskut raya pluss aina memang tak suka hadap oven, panasss dan kena menunggu ! 😒
So, aina just acu kan saja, bab bakar tu adik ipar settle kan. Kami buat 3 jenis kuih je tapi yang okay hanya 2 jenis 😂 tapi okay la kan dari tak jadi langsung..hahaha !

brownies cookies, rupa jadi tapi dia jadi cheawy not sure sebab apa 😅
ni chocolate chip, hat ni memang menjadi laa dan yg ni laju habisnya 😂
lagi satu kuih suji, resepi mak mertua dan tak sempat ambik gambar 😭
alhamdulillah menjadi juga 😙
Tiga jenis je yang buat, yang lain semua kuih tunjuk. "Benda boleh beli buat apa buat kan" 😝
.
okay ni part kuih raya, menu raya korang buat apa pulak?
Mak mertua aina buat ketupat, lontong, kuah kacang, rendang daging dan ayam masak sambal pedas.
banyak kan?!
nasib baik semuanya habis, diaorang kat sana saling tukar menu raya sesama jiran dan jadi adat sana kot.

Ketupat hasil anyaman mak mertua


Ketupat dan lontong




kuah lontong Johor

kuah kacang

rendang daging

ayam masak sambal pedas
Jangan terliur yeee 😎😆

Suasana pagi raya macam biasa laa, wajib ada sesi bermaafan dan bergambar. Walaupun hanya kami berempat tapi meriah bergambar tu perlu wujud laa, lagi-lagi sekepala dengan adik ipar memang melaram la iollss bergambar 😆


wefiee kami dipagi raya 😁😁
ni la adik ipaq, kami sebaya tau 😚
Cukup ni je la aku share gambar, kang menyampah pulak korang tengok 😆
Alhamdulillah...aku dikurniakan family mertua yang baik dan memahami, ini pun salah satu rezeki kan 😊

xoxo,
ainaeclipse.










❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤