Friday, 3 June 2022

Johnny Depp di dera????

Hai korangg...

Well...aku baru je baca kisah abe hensem kita ni, aku ni bukanlah peminat setia dia tapi sebagai manusia yg punya hati dan perasaan (giteww) aku rasa simpati jugak la kat dia mengenai isu dia baru-baru ni kan

dan aku sangattt bangga dengan dia sebab dia berani dan tak malu untuk pertahankan diri dia tentang apa yg dah jadi dalam rumah tangganya.
Bagi aku tak semua lelaki berani buat seperti yg dia lakukan, mungkin dia terlalu banyak bersabar dengan ex-wife dia atas apa yg dia pernah lakukan terhadap Johnny Depp dan aku sangat terkejut ye sebab dia hadap isteri yg macam tu tanpa orang luar tau pun isu ruamh tangga dia. 

Sebelum ni dia pernah dituduh melakukan penderaan terhadap ex-wife dia, agak lama ye dia mendiamkan diri, then tiba-tiba lately ni isu rumah tangga dia bangkit balik and I was like "whatttttt happen, apa yg kecoh sangat niii.."

Aku takde la mencari kisah ni, tapi yeahhh..warga net kan lajuu je bab-bab macam ni kan, but thanks to them also sebab membuka mata aku tentang alam rumah tangga yg selama ni aku fikir takde kot istilah suami kena dera, kalau ada pun suami kena kikis!!! HAHAHAH ! OKAY..I'M JUST JOKING 😂

Okay...back to our topic, korang rasa wujud ke SUAMI DI DERA OLEH ISTERI??? 
well..kalau korang pernah dengar, that's mean pernah jadi la dalam circle korang kan but me, not really !

Disebab kan itulah, aku nk share dengan korang tentang isu abe kita ni, untuk sedarkan para suami & isteri yg kisah ni rupanya banyakkkkkk....cuma mungkin tak ramai lelaki berani bongkarkan, maybe sebab malu atau ego? atau memang diaorang taknak malukan wife dia..who knows kannn...orang yg laluinya saja yg faham apa yg dia rasa, dan aku taknak judge apa-apa pasal tu sebab aku hanyalah seorang manusia biasaaa(cehh...cliche gler doe!)😆

Kesimpulannya kisah En Johnny Deep ni, Dia menang dan ex-wife dia kena saman+bankrup ! 
wehhh amount dia bukan sikit ye ex-wife dia kena bayar, banyakkk gler !
tapi kau rasa dia kisah ke pasal duit sekarang ni? 

"Disaat dia jatuh dan waktu tak ada orang percayakan dia, hanya Dior berani ambik risiko dan offer dia jadi duta (Dior Sauvage Fragrance).  
Sepanjang perbicaraan ni, setiap 3 saat orang bertalu-talu beli demi berterima kasih pada Dior dan tanda menyokong Johnny.
Sales mereka juga melonjak luar biasa
Para fanatik pi layan semua movie Johnny di rumah masing-masing dengan harapan dapat bantu dia dapat royalti nanti.

Disebabkan Disney dah kerek dengan dia, Johnny kata kalau offer semula dengan 300 million dan sejuta alpacas pun, dia taknak join Disney dah. Kenapa alpacas? Entah, Johnny ni memang aneh.
korang tau ke apa tu "alpacas"?"

aku malas nk copy panjang-panjang pasal isu ni so aku just share link Twitter untuk korang fahamkan kisah abe Johnny Deep kita ni... https://twitter.com/isusemasaviral/status/1532335388047527936

hai...aku laa alpacas 😆

comeyy kan diaorang ni...

tapi tulah aku taktau kenapa dia kaitkn dengan binatang ni😕 gara-gara abe kita tu sebut pasal haiwan ni la tiba-tiba viral budak-budak ni...(tiberr)😆

So dari duit dia jadi duta+royalty tu pun dia dah banyak generate income kan, setakat duit ex-wife dia yg dah rosakkan mental and fizikal dia, aku tak rasa pun dia kisah, janji aku dah bebas dari dunia penderaan(ni just assumption aku laaa..)
sebab kalau aku yg jadi mangsa pun, duit bukan yg utama
kebebasan dari penderaan tu yg aku inginkan.
ishh....tak boleh imagine macam mana dia boleh hadap bini yg macam tu, stress sebagai artisnye lain
stress kat rumah lain
mental rabakkk weh!

okay apa yg aku cuba nk sampaikan pada korang
if korang salah seorang yg terlibat dalam kes penderaan mcm ni pliss beranikan diri kongsi pada pihak yg bertanggungjwab, yg boleh bantu korang keluar dari dunia tu...
if korang lelaki, isu didera oleh isteri ni bukanlah benda yg boleh memalukan diri kau, kau je rasa mcam tuu...kemonn skrang tahun 2022, bukan zaman tok nenek moyang kita dulu yg kau rasa ego akan tercalar bila orang tau, kena berani keluar dari pemikiran "kolot" tu...

penderaan fizikal mungkin boleh tahan tapi mental???
jiwa???
jangan sampai ada keluar paper

"suami mati bunuh diri gara-gara sering ditibai oleh isterinya" (contohhhhh...jangan ambik serius pulak!)

haaa takkn nk keluar tajuk gini kot ! kesian kat anak-anak nanti..

dan buat para isteri pun, plisss berani tampil jangan terlalu "sayanggg" sangat suami sampai rela diri tu dicampak, dipijak, didera sesuka hati...

#AbuseHasNoGender

sayang tu berpada-pada
jangan biarkan kezaliman terus berleluasa..

byeee...
xoxo 😘



❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

Thursday, 2 June 2022

2020 takde, 2021 sepi.... ehh 2022 dah!

 Assalamualaikum korang....

Ya ampunnn lama nye Aina kepam blog ni, 

berhabuk terukkk

kemana tah angan-angan yg kununnye tu nak sambung ber-blogger, hampehhhh!😂

2020 takde

2021 sepi

ehhh tiba-tiba muncul pulak 2022

nampak tak masa terlalu cemburui Aina 😅

ahhh kau aina...alasan tak sudah !

alasan

alasan

alasan !

sampai bila nak berenti memberikan alasan

kemonnnn..dah tahun 2022 kotttt.

tapi tulah ada masa aku rindu nk menulis, ada masa aku rindu nak photoshoot video

ada masanya aku nak buat video jeee...itulah aku, cepat sangat rasa bosannye tu, takde pendirian tetap!😓

okay..make it fast...

Alhamdulillah....

tahun 2020 ni aku dah dikurniakan dua orang anak yg sangat comel 

Soleh & Solehah ertianya aku dikurniakan sepasang anak laa..

lelaki dan perempuan..

masih lagi suami yg samaaa😂(okay gurauuu, jangan ambik seriuss)

and aku sekarang dah berenti kerja now fully housewife yg berkerjaya..

adalah buat income bisnes sikit-sikit tapi lebih kepada perabihkan duit laki aku lerr 😅


Family kecil ku 💖

Well...bukan senang jadi fully housewife ni, kadang tu rasa nak kerja balik pun ada tapi kadang tu tak malas nk hadap kerja better aku buat bisnes masa pun flaxible.
and now aku dalam traning buat bisnes produk "periuk batu" dari company A&A World.
Bisnes aku kali ni agak mahal la harga nya
dan prospek aku untuk bisnes ni more kepada mak-mak, aunty-aunty kan..
so dari segi closing tu agak berbeza sikit laa,  
so far Alhamdulillah...bagi aku setiap bisnes yg aku pernah buat, ada kelainan dari situ pun aku dapat pengalaman untuk handle customers.

Banyak bisnes yag aku buat, aku paling suka bisnes Young Living sebab produk dia betul-betul berjaya buat aku Fall in love gler, serasi dengan aku satu family dan aku sendiri rasa "wow" dengan kehebatan tumbuhan ciptaan Tuhan.
Nantila aku cerita pasal Young Living, aku pegi handle anak ku yg sikecik ni, meragam pulekk dia...😒

see youuu...
xoxo 😘



❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

Saturday, 26 October 2019

Convert file PDF?! Mudahnya ada website niiii....

Assalamualaikum...


Hi korangggg !!!
Korang selalu tak convert file PDF ke Word or power point or excel atau apa-apa jenis file laa... mesti dah biasa kan ! 
okay kali ni Aina nak share dengan korang satu laman web mengenai file converter PDF. Actually website ni kawan aina yang share dengan Aina, dia rasa kagum gler dengan website ni sebab semuanya ada dalam ni dan ada je fews website lain yang dah ada lebih kurang macam website ni dan ni salah satu website yang bagi aku agak amaze jugak  la 😍
So, disebabkan dia sudi share dengan aina dan aina pun nak la share dengan korang jugak untuk kita sama-sama manfaatkan website ni pluss dia sangat memudahkan kita as a user.

Contoh sebelum ni kalau kita nak convert PDF file ke file lain kita mesti guna converter online kan dan terpaksa bukak dua tiga tab untuk cari file converter tu. Contoh satu tab untuk convert ke word, satu lagi ke power point, satu lagi excel, kan payah tuuu sampai kena bukak dua tiga tab untuk convert file tu jee..tu belum lagi dapat website yang tah mende-mende dia merapu dalam tu 😑
👎👎👎

Tapi dengan adanya website SmallPdf ni, membuatkan kerja korang menjadi lagi mudah dan tak banyak buang masa untuk cari website converter yang bagus !

Aina sangat suggestkan korang guna website ni, All in one okayyyyy !😎 
see....semuanya ada, korang pilih je nak convert ke file apa 😏

Gaisss....selamat mencuba !💪

xoxo,
ainaeclipse

❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

This entry was posted in

Counting Days ♥

Assalamualaikum...


Hai koranggg...
Well, hari ni Aina takde buat apa-apa pun kat rumah, macam biasa rutin hujung minggu belah pagi Aina settlekan baju yang tak basuh lagi, lepas tu jemur then Aina bersihkan sangkar kucing, mandikan diaorang then settle semua barulah Aina duduk rehat. Buat benda-benda tu je pun Aina rasa dah penat gler ! 😅 Tapi takpelah Aina anggap tu sebagai exercise untuk memudahkan bersalin nanti, InshaAllah....

Btw, Aina dah 39 minggu dan masih takde lagi tanda-tanda nak bersalin tu 😂 tapi alhamdulillah nurse dan doktor cakap everything okay, baby pun sihat dan last I checkup saiz baby 2.7kg dan time tu minggu ke 36. Aina harap sangat takkan lebih 40 minggu dan I taknak kena INDUCEEEEE !!!😟
I always told my baby "sayang, jangan overdue okay, ontime takpe but please don't overdue"😂


Gais...please doakan Aina dipermudahkan untuk bersalin dan doakan kami berdua selamat 😙
inshaAllah..bila Aina dah selamat bersalin nanti, dan semuanya dah settle, i will share with you gais my experience in labour room, lagipun I nak simpan moment tu dalam blog ni, so my babies boleh la baca bila diaorang dah besar nanti kan !
cehhh...angan-angan kemain lagi aku ni 😂😆

xoxo,
ainaeclipse

❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

Thursday, 17 October 2019

Sedap sangat ke Chicken Rice Guys ni???

Hi korang !

Pernah dengar kedai makanan "Chicken Rice Guys"???
Mungkin warga Shah Alam Seksyen 7 dah biasa dengar nama kedai ni dan of course students area sana pun tahu kan kedai apa ni.
Okay untuk yang belum pernah dengar lagi pasal kedai ni, kedai ni merupakan kedai nasi ayam !
Siap dah keluar TV lagi kedai ni, punyalah ramai yang memperkatakan mengenai kedai ni.
So, nak dijadikan cerita mak aku ajak la kami pergi makan tengahari kat sini hari Ahad lepas, mak aku siap surh google lagi kalau nak ke sini macam mana, kemainn tau mak aku sekarang ni, nasib tak reti guna smartphone kalau tak merata dah dia bawa kami ni pergi makan yang di dok sibuk tengok dalam TV tu 😅

Aku bukak je google, just taip "Chicken Rice Guys" then terus je keluar kedai ni dan aku pun waze sajalah nak menghala ke sini. Nak ke seksyen 7 tu aku tahu la tapi nak menghala ke kedai ni aku taktau area mana, rupanya kedai ni dekat je dengan Unisel, so korang dah dapat imagine kan kawasan mana 😏😏
ni la ghupee kedai tuuu, ala ala hipsturrr sikit, tapi memang penuh luar & dalam 😅

Kteorang sampai jee, terkejut jugak la sebab dah penuh kedainya padahal time tu baru je dalam pukul 11 lebih, nasib baiklah ada meja kosong untuk kami bertiga ni. Kat sini korang tak payah tunggu pun diaorg ambik order or hantar menu, korang sampai je terus duduk dan tulis la sendiri menu apa yang korang nak makan, dah siap tulis tu bagi je kat waiter tu. 
ni antara menu yang kami order :
dah nak habis wantan goreng ni aku baru teringat nak ambik gambar 😆
mak dengan adik aku kata sedap, aku tak makan pun sebab memang tak minat 😅

ni main dish nye la, Roasted Chicken Rice.
Hat ni adik aku yang order tapii adik aku kata nasi nye sikit sangat 😂
tapi sedap la katanya. Surce dengan kicap dia letak dalam botol je, so setiap meja memang ada, puas la kalau korg nk letak banyak mana kan !
yang ni aku order, mee kari !
boleh laa, sedap jugak tapi next time mungkin order menu lain pulak😅


ermm..yang ni mak aku yang order, ala-ala kueyteow kungfu gituu tapi yang ni dia guna kueyteow halus bukan yang lebar macam selalu kita makan tu...
Sedap jugak yang ni tapiiii mungkin time aku datang ni kicap or sos tiram dia terlebih
so rasanya agak masin, sampai adik aku sendiri pun tak boleh nak habiskan 😅

So, based on apa yang kami order ni, mungkin hanya nasi ayam dia kot yang menjadi kegilaan orang, mostly yang datang sini aku tengok diaorg order nasi ayam. Ada sorang brother ni duduk belakang mak aku, aku terdengar la dia cakap dengan member2 dia "ni 5 kali suap, habis dah"😆😆
tapi memang berselera la aku tengok diaorg makan dan diaorg hanya order nasi ayam sahaja, takde la yang makan makanan lain.
Kepada pengemar nasi ayam, korang patut cuba makan kat kedai ni, sebab masa aku datang ni makin lewat tengahari makin ramai pulak orang datang😁
Lain orang, lain seleranya kan ! 😉


Lokasi             : 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi : Setiap hari. 8am-7pm

xoxo,
ainaeclipse

❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤