Thursday, 26 September 2019

Bye Haters!

Dalam hidup ni kita tak boleh nak bandingkan diri kita dengan orang lain
nasib kita dengan manusia lain
takdir kita dengan insan lain
lain orang lain keadaan nya

Tapi jika mind set kita hanya untuk bandingkan diri kita dengan orang lain sampai bila-bila kau takkan jumpa kesempurnaan seperti mana yang kau inginkan.
Jika kau inginkan orang ikut cara kau, dan apa yang orang lain buat tu salah je dimata kau jangan tanya kenapa mereka-mereka menjauhkan diri dari kau.
Setiap manusia ada caranya tersendiri as long as dia masih dilandasan yang betul dan masih berpaksikan cara yang benar, tak perlu rasanya kau mencari kesalahan dia.
Jika hidup untuk mencari salah orang lain, sampai bila-bilapun kau takkan berasa tenang.
Satu jari ditunding pada orang lain tapi lagi empat tu adalah pada diri kita.
*fikir-fikirkanlah*


❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

Application for Parenting ❤

Assalamualaikum...


Hi korang, hari ni Aina nak share applikasi yang sangat menarik untuk bakal-bakal ibu bapa ataupun yang dah menjadi ibu bapa. Application ni sangat berguna dan membantu parents untuk mengikuti perkembangan anak-anak terutama sekali untuk mak ayah yang baru je mendapat cahaya mata 👶.
Selain platform facebook ataupun website pa&ma bagi Aina this platform is the best la untuk mak ayah diluar sana, serious talk !
Aina lagi suka website ni berbanding dengan Pa&Ma, bukan nak cakap Pa&Ma tak bagus, bagusss cuma this website more interactive dan lagi banyak ilmu yang kita dapat as a parents 💗

Korang pernah dengar website AsianParents?
haaa..mungkin ada yang dah biasa dengan website ni dan mungkin ada yang baru pertama kali dengar website ni

Website AsianParent Malaysia
Mungkin ada diantara korang yang lagi suka menggunakan website, dan mungkin ada yang lebih suka menggunakan Apps. Kalau korang nak jimat space dalam fon tu just Google this website(https://my.theasianparent.com/) tapi kalau nak lagi mudah korang just download je application AsianParent  di Google Play ataupun App Store 😁

Kalau korang download menggunakan App Store rupanya seperti ini :
application icon

Antara tools yang disediakan dan sangat membantu, ilove this !!

ni umpama kita punya timeline laaa,
so kat sini kira boleh tanya apa2 soalan dan inshaAllah user2 dalam ni akan jawab je, macam facebook tuuu😀
Poll ni sangat membantu korang untuk collect point,
korang jawab je soalan ni terus dapat 2 point

Bahagian contest pun ada kalau korang rajin nak join 😉
Haaa..nni la function points yang kita collect tu, kita boleh reedem apa yang dioffer dalam ni
sambil kita dapatkan ilmu sambil tu kita dapat reward. Siapa nka bagi kan !😁😁

So, bagi aina application ni sangat berbaloi untuk korang download. Dalam ni korang bukan saja boleh baca mengenai baby, ada banyak topik yang diaorg sediakan dalam ni antaranya perkembangan kanak-kanak, resepi makanan untuk anak-anak, tips pikat isteri dan suami dan banyak lagi lah !
Seriously sangat berbaloi, so tunggu apa lagi download apps ni cepat !!!😁😁😁😆







❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

This entry was posted in

Tuesday, 24 September 2019

Dah 3rd Trimester ???

Assalamualaikum...


Haii gais, lama rasanya Aina tak update blog tapi belum tahap berabuk lagi kan! 😆
Alhamdulillah sekarang Aina dah masuk 3rd trimester (34 minggu). Aina rasa kejap sangat masa berlalu, yelah rasa macam baru je dapat khabar gembira tentang kehadiran 'orang baru' tup tup sekarang tinggal lagi beberapa minggu je Aina nak bersalin. 

Barang baby macam mana, dah siap ke tu???
Alhamdulillah, Aina dah siap pack beg baby dan Aina sekali, ada je tu dalam kereta..hahahaha !
Tak awal sangat kan Aina prepared 😅 Just nice je kan! 😁
Kalau korang nak tahu, Aina beli barang baby semuanya online !
ada few je aina beli offline dan nasib baik barang-barang yang aina beli online tu semuanya dapat dalam keadaan yang baik dan sangat puas hati. 

Kenapa beli online???
Well, korang semua tahu kan beli online sangatlah murah kalau nak dibandingkan dengan harga luar tapi korang kena pandai cari port laa, kena rajin scroll, pilih kedai mana yang murah sebab tak semua kedai diaorg jual murah, ada sesetengah kedai tu dia jual harga lebih kurang sama dengan offline dan ada tu yang jual lagi mahal so kita as customer kena pandai compare dan pilih. Lainla kalau korang memang nak enjoy shopping barang-barang baby dengan husband kat mall tu, itu pilihan masing-masing. Macam Aina enjoy je beli barang online ni semua sebab Aina sendiri memang kaki shopping online. 

Berkualiti ke barang online tu???
Setakat yang Aina beli barang baby macam baju, bedung dan barut, so far kualiti kain dia bagus je sama je weii dengan kat kedai baby tu. Nak tahu kenapa Aina cakap macam tu?
Sebab sebelum aina beli barang tu semua Aina dah survey beberapa kedai baby kualiti kain, design semua aina tengok. Ada sesetengah baju yag aina beli online tu kualiti kain dia sama je dengan kat kedai baby tu, lembut, jenis cotton jugak, tak nipis pun walaupun harganya murah tapi kualiti yang aina dapat tu alhamdulillah la sesuai untuk baby pakai. Bedung paling ketara la harganya, kalau korang dah biasa beli bedung kat luar, try la beli kat online pulak weii sama je rasa kain dia !
Lagi2 korang akan jumpa jenis corak yang sama tapi harga memang beza sangat! So dari situ korang sendiri boleh nilai la kan perbezaan harga+kualiti dia. 

Tapi yang paling aina tak puas hati bila aina beli napkin Pureen tak silap aina laa, YaAllah kecewanyaaaa dah la beli satu pack tu terus dalam tu ada 30pcs, banyak kan !
tapi kasar wei kain dia, kalau nak guna as bedung pun macam tak best sebab memang kasar 😓😓
Sebelum aina beli tu, dah baca review2 blogger lain memang ada yang cakap pureen, anakku, kainnye agak kasar tapi tak aspect pun sekasar tuuuu !!!😔
banyak kot 30pcs duh ! Memang kena guna buat benda lain la tak boleh guna as a bedung dan memang tak sesuai pun sebab agak kecik!
Better guna memang khas saiz kain bedung or kain pelekat 😁

Boleh tak listkan barang apa je yang Aina beli kat online dan guna platform apa???
Okay, nanti Aina sendiri akan list or tepek je kat sini barang-barang apa yang aina beli online dan of course I beli menggunakan platform Shopee !
Jangan lupa beli menggunakan Shopback, dapat cash point tau ! 😁😁
Nah tekan link ni untuk sign up secara percuma dan akan dapat RM 5 sebagai bonus 😉😚
Korang boleh shopping menggunakan shopback dekat banyak platform online, bukan kat shopee je, lazada, booking.com, agoda, zalora, watson dan banyak lagi laaa, korang WAJIB daftar shopback ni sebab untungnya dapat kat kita juga, jadilah pengguna yang bijak 😉😉
Eh..Ehh..TERpromote pulak 😂😂

Eh..okay la korang, nanti aina update balik barang-barang apa yang aina dah beli menggunkan shopee, hopefully I rajin la nak susun barang2 tu balik kan 😅

xoxo,
ainaeclipse


❤Terima kasih sudi baca, kalau suka 'tick' kat reaction atau komen❤

This entry was posted in